PROGRAM IJAZAH SARJANA SENI KREATIF
Pada tahap ini, program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tempoh matang bagi program ini adalah SETAHUN SETENGAH (1, 1/2) secara sepenuh masa atau separuh masa. Bahasa pengantar dan portfolio adalah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA SENI KREATIF (SEPENUH MASA / SEPARUH MASA)
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan mendapat PNGK/HPNG 2.75 atau setara dengannya, dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia;
ATAU
Ijazah Sarjana Muda atau yang setara denganya mendapat sekurang-kurangnya HPNG 2.50 dan tidak mencapai PNGK/HPNG 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian rapi oleh Lembaga Pengajian ASWARA;
ATAU
Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK/HPNG 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan;
ATAU
Calon yang tidak memiliki kelayakan yang diperlukan dan berusia 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma atau setara (contoh Asasi) dengan pengalaman kerja berkaitan, dan Lulus penilaian APEL;
DAN
Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.
PROGRAM IJAZAH KEDOKTORAN SENI KREATIF
Pada tahap ini, program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tempoh matang bagi program ini adalah TIGA TAHUN secara sepenuh masa. Bahasa pengantar dan portfolio adalah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH KEDOKTORAN SENI KREATIF
Ijazah Sarjana dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) atau dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan hendaklah dalam bidang pengajian yang berkaitan;
Kelayakan lain setara dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Lembaga Pengajian ASWARA;
DAN
Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Akademi untuk memasuki program pilihan anda.
Isi permohonan ONLINE di http://admission.aswara.edu.my (Nombor Kad Pengenalan anda hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja)
Wajib mengisi semua ruangan dengan lengkap.
Klik butang “SUBMIT APPLICATION” setelah anda pasti semua maklumat betul dan lengkap diisi.
Sebarang jawapan dari pihak Akademi akan disalurkan melalui e-mel/portal yang digunakan untuk permohonan.
464, Jalan Tun Ismail,
50480, Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel : 03-2778 5999
Faks : 03-2778 5903
Emel : info@aswara.edu.my