Tentang Pusat
Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) yang ditubuhkan pada 24 Jun 2014 telah dilancarkan oleh Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Malaysia waktu itu iaitu YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. PuTRA merupakan kesinambungan usaha yang amat relevan sejak tertubuhnya ASWARA pada 1994 bagi melahirkan graduan yang berdaya saing kepada industri kreatif dan mempunyai signifikan yang sangat besar dalam agenda pelestarian kesenian tradisi di negara ini.
PuTRA menawarkan kursus teras akademi khusus dalam seni tradisional kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ASWARA. PuTRA menyediakan kursus seni tradisional yang holistik merangkumi aspek teori, praktikal dan falsafah dalam menguasai ilmu tradisi melalui konsep pembelajaran secara berguru bersama Adiguru yang menjadi amalan di PuTRA.
PERANAN PUTRA
Melestarikan seni tradisional melalui pembelajaran, aktiviti dan program dengan penerapan idea-idea baru berprinsipkan ‘tradisi akar kehidupan modenisasi’.
Mendidik pelajar yang seimbang antara ilmu amali dan akademik, mempunyai nilai estetika yang tinggi, kendiri yang utuh dan ada nilai-nilai murni.
Mengumpul bahan dan hasil karya berkaitan Adiguru dan pelbagai seni tradisional.
OBJEKTIF PUTRA
Menjadi sebuah pusat yang melahirkan pelapis Adiguru dan penggiat dalam pelbagai kemahiran, profesional, berwibawa dan beretika dalam seni tradisional.
Menjadi pusat rujukan berkenaan Adiguru dan pelbagai seni tradisional.
Menjadi pusat koleksi dan dokumentasi pelbagai seni tradisional.