Tentang Pusat
PENGENALAN
Pusat Pengajian Pascasiswazah ditubuhkan pada 18 Oktober 2012 merupakan sebuah pusat kesarjanaan artistik melalui penyelidikan dan inovasi seni yang mana niche penyelidikan menjurus kepada penyelidikan berasaskan praktik (Practice as Research). Pusat ini menawarkan pengajian sepenuh masa bagi dua (2) program pengajian, iaitu Ijazah Sarjana Seni Kreatif dan Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif. Bidang penyelidikan yang ditawarkan pula merangkumi pelbagai disiplin kesenian, antaranya ialah seni visual, seni persembahan, seni digital, penulisan kreatif, pengurusan seni budaya dan lain-lain bidang yang sesuai dalam penyelidikan seni kreatif.
Pengajian yang ditawarkan di Pusat ini telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2015 dan menjadi pelopor dalam penyelidikan berasaskan praktik di Malaysia. Sejak dari penubuhan, Pusat ini telah berjaya menghasilkan lebih daripada 50 graduan yang kini bergiat aktif dalam pelbagai cabang kesenian.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program yang ditawarkan melalui Pusat Pengajian Pascasiswazah adalah Program Ijazah Sarjana Seni Kreatif dan Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif yang merangkumi seni teater, tari, muzik, filem, penulisan kreatif, seni visual, animasi, pengurusan kesenian serta teknologi terkini dalam pementasan:
1. Ijazah Sarjana Seni Kreatif [MQA/FA 4624]
Mod Campuran (Kursus dan Penyelidikan)
2. Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif [MQA/FA 4625]
Secara Penyelidikan (Berasaskan Amali/ Makmal dan Karya Kreatif/ Produksi)