-
Syarat Am Kemasukan
1. Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan/MyKad sahaja; DAN
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah; ATAU
3. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut;
• Kepuian Bahasa Melayu 1104;
• PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
• PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
• Kompeten semua modul vokasional; dan
• Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)
(Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); ATAU
4. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
5. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
6. Lulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
7. Lulus Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
8. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
9. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul; ATAU
10. Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN
11. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; DAN
12. Lulus temu duga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.
Syarat Khas Kemasukan
Program: DIPLOMA ANIMASI
Kemasukan Calon Sijil dan Setaraf:
Sijil Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau yang setara dengannya;
Catatan :
• Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
• Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
• Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
• Calon-calon Fakulti Filem dan Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan.
• Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual dan Fakulti Animasi dan Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis.
Fakulti Muzik
• Diploma Seni Muzik
• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Persembahan)
• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Produksi Audio)
Fakulti Teater
• Diploma Teater
• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Lakonan)
• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Pengarahan)
• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Sinografi)
Fakulti Seni Halus
• Diploma Seni Halus
• Diploma Rekaan Komunikasi Visual
• Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual Dengan Kepujian
Fakulti Tari
• Ijazah Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian (Koreografi)
• Ijazah Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian (Persembahan)
Fakulti Animasi dan Multimedia
• Ijazah Sarjana Muda Animasi Dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital Dengan Kepujian
Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem
• Ijazah Sarjana Muda Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
• Ijazah Sarjana Muda Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
• Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen Dengan Kepujian
Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian
Isi permohonan ONLINE di www.aswara.edu.my (No Kad Pengenalan dan emel hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja)
Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
Untuk menghantar sijil-sijil kelayakan akademik, anda boleh klik pautan https://forms.gle/q7fUz34FmTQD3kiQ9 (rujuk di Notis Peringatan "Borang Permohonan ON-LINE")
Sebarang makluman akan disalurkan melalui emel/portal yang digunakan untuk permohanan
464, Jalan Tun Ismail,
50480, Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel : 03-2778 5999
Faks : 03-2778 5903
Emel : info@aswara.edu.my