ASWARA akan berusaha memenuhi kehendak "stake holder", pelajar, ibu bapa, pembekal, industri, penggiat dan pihak media.
ASWARA akan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti:
Menyediakan program pendidikan dan latihan seni budaya dan warisan secara formal yang terbaik dan memenuhi kehendak negara sekurang-kurangnya 10 aktiviti sebulan.
Menyediakan kurikulum dan kaedah pembelajaran dalam pendidikan Muzik, Penulisam, Tari, Teater, Filem & Televisyen, Rekaan Seni Visual, Pengurusan Seni Budaya dan Warisan serta Pusat Seni Pentas Tradisional yang berteraskan kesenian tradisional tanpa mengabaikan keperluan semasa.
Menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan memenuhi dasar pendidikan pendidikan negara sekurang-kurangnya 77 orang tenaga pelajar berpengalaman di dalam bidang yang diceburi.
Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan peralatan pembelajaran yang terbaik sekurang-kurangnya 29 buah ruang pembelajaran.
Menyediakan bahan-bahan rujukan pembelajaran dan khidmat nasihat mesra.
Menyediakan khidmat nasihat yang memenuhi keperluan pelanggan.
Memberikan maklumbalas kepada pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut: