• Utama
  • Tentang ASWARA
    • Ucapan Aluan Rektor
    • Visi, Misi & Objektif
    • Latar Belakang
    • Carta Organisasi
  • Kemasukan & Bantuan
    • Asasi
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Pascasiswazah
    • Asrama
    • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
  • Fakulti
    • Fakulti Muzik
    • Fakulti Tari
    • Fakulti Teater
    • Fakulti Animasi & Multimedia
    • Fakulti Penulisan Kreatif & Filem
    • Fakulti Seni Halus
    • Fakulti Pengurusan Seni Budaya & Warisan
    • Future Creative School
    • Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif
    • Pusat Pengajian Pascasiswazah
    • Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA)
  • Menarik di ASWARA
    • Acara Akan Datang
    • Galeri
    • Akhbar
    • Buku
    • Anugerah
    • Buletin ASWARA
    • Piagam Pelanggan
    • Laporan Tahunan
  • Kenali Kami
    • Hubungi Kami
    • Direktori Staf
    • Emel Kakitangan
    • Lembaga Pengarah
    • Kepakaran Pensyarah ASWARA
  • Perkhidmatan
    • Jawatan Kosong
    • Aduan Awam
    • Tender & Sebutharga
    • Sewa Ruang
    • Perpustakaan
  • Pelajar
    • Portal Konvokesyen ASWARA
    • Portal Pelajar
    • Aduan Pelajar
    • Aduan HEPA
    • Portal Jawatankuasa Pewakilan Pelajar
  • Penjaga
    • Portal Penjaga
  • Kakitangan
    • Integriti
    • Portal Pensyarah
    • Portal SMS
    • Portal Fakulti
    • HRMIS
    • Pekeliling Pentadbiran ASWARA
    • Jadual Pembayaran Emolumen
    • Puspanita ASWARA
  • APEL C
aswara-logo
  • my flag Bahasa Melayu
  • uk flag English

aaaaa

Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana Muda

  • Tujuan & Objektif
  • Syarat Kemasukan
  • Yuran Program
  • Kalendar Akademik
  • Laluan Kursus
  • Info Tambahan
  • Permohonan

Tujuan Program


Ijazah Sarjana Muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni, budaya dan warisan. Berikut adalah tujuan dan objektif umum bagi Ijazah Sarjana Muda di ASWARA:

Mengembangkan Kepakaran Seni:
Membina kepakaran dalam pelbagai disiplin seni dengan pendekatan yang mengintegrasikan teori dan praktikal.

Menjaga Warisan Budaya:
Memelihara dan mempromosikan warisan budaya dan tradisi tempatan melalui pendidikan, pengajaran dan pembelajaran.

Melahirkan Pemimpin Seni:
Melahirkan pemimpin yang berinovatif dan kreatif dalam bidang seni dan budaya yang dapat memberikan sumbangan positif kepada industri dan masyarakat.

Objektif

Pengetahuan dan Kemahiran:
Memberikan pelajar pengetahuan mendalam dan kemahiran teknikal dalam bidang seni yang dipilih, termasuk pemahaman terhadap sejarah dan teori seni.

Kemahiran Kritikal dan Kreatif:
Mengasah kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif untuk menyelesaikan masalah seni dan budaya.

Penerapan Praktikal:
Menyediakan peluang untuk latihan praktikal dan pengalaman industri yang relevan untuk mempersiapkan pelajar memasuki dunia pekerjaan dan industri.

Pembangunan Peribadi:
Menggalakkan perkembangan peribadi dan profesional pelajar melalui projek, pameran, persembahan, dan penyelidikan.

Syarat Kemasukan


SYARAT AM KEMASUKAN

1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU

2. Lulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana Universiti Awam / Institutsi Pendidikan Tinggi Swasta dengan mendapatkan PNGK 2.00; ATAU

3. Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; ATAU

4. Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut;

• Kepujian Bahasa Melayu 1104;

• PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;

• PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;

• Kompeten semua modul vokasional; dan

• Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)

(Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); ATAU

5. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf ATAU;

6. Melalui Kemasukan APEL; dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); ATAU

7. Memiliki kelulusan A-Level atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; ATAU

8. Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; DAN

9. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN

10. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; DAN

11. Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA

SYARAT KHAS KEMASUKAN

1. PROGRAM:

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SENI DAN BUDAYA DENGAN KEPUJIAN

(i) Kemasukan calon STPM

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am DAN lulus Matematik dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU

(ii) Kemasukan calon STAM

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid, DAN lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU

-----------------------------------------------------------------------------------------

2. PROGRAM:

IJAZAH SARJANA MUDA ANIMASI DENGAN KEPUJIAN

IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERMAINAN DIGITAL DENGAN KEPUJIAN

(i) Kemasukan calon Diploma/Setaraf

Diploma Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau setara dengan PNGK minimum 2.50

(Calon dengan PNGK di antara 2.00 dan 2.50 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman)

Catatan

Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat

Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan atau akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (Storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan

Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik

Calon-calon Fakulti Animasi & Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa portfolio

Calon-calon Fakulti Pengurusan Seni,Budaya dan Warisan diminta membawa resume dalam bentuk soft copy (berformat Power Point) dan hard copy

Calon-calon Fakulti Seni Halus akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa karya lukisan (sekiranya ada)

 

Yuran Program


RM 7,449.00*, RM 7,029.00* dan RM 7,542.00* tertakluk kepada program pengajian

Kalendar Akademik


Laluan Kursus


Fakulti Muzik

• Diploma Seni Muzik

• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Persembahan)

• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)

• Ijazah Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian (Produksi Audio)

 

Fakulti Teater

• Diploma Teater

• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Lakonan)

• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Pengarahan)

• Ijazah Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian (Sinografi)

 

Fakulti Seni Halus

• Diploma Seni Halus

• Diploma Rekaan Komunikasi Visual

• Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual Dengan Kepujian

 

Fakulti Tari

• Diploma Seni Tari

• Ijazah Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian (Koreografi)

• Ijazah Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian (Persembahan)

 

Fakulti Animasi dan Multimedia

• Diploma Animasi

• Ijazah Sarjana Muda Animasi Dengan Kepujian

• Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital Dengan Kepujian

 

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem

• Diploma Penulisan Kreatif

• Diploma Filem dan Video

• Ijazah Sarjana Muda Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)

• Ijazah Sarjana Muda Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)

• Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen Dengan Kepujian

 

Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan

• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian

Info Tambahan


PERATURAN KECIL AKADEMIK BAB A DAN B PINDAAN 10/2021 (Kemaskini) BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2024/2025

Permohonan


Langkah 1

Isi permohonan ONLINE di www.aswara.edu.my (No Kad Pengenalan dan emel hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja)

Langkah 2

Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat

Langkah 3

Untuk menghantar sijil-sijil kelayakan akademik, anda boleh klik pautan https://forms.gle/q7fUz34FmTQD3kiQ9 (rujuk di Notis Peringatan "Borang Permohonan ON-LINE")

Langkah 4

Sebarang makluman akan disalurkan melalui emel/portal yang digunakan untuk permohanan

Mohon Sekarang



Hubungi Kami
  • 464, Jalan Tun Ismail,
    50480, Kuala Lumpur,
    Malaysia

  • Tel : 03-2778 5999

  • Faks : 03-2778 5903

  • Emel : info@aswara.edu.my

Kemasukan
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Pascasiswazah
  • Asrama
  • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
Portal ASWARA
  • Portal Fakulti
  • Portal Pelajar
  • Portal Pensyarah
  • Perpustakaan
logo
Perkhidmatan
  • Jawatan Kosong
  • Maklumbalas
  • Aduan Awam
  • Sewa Ruang
  • Penerbitan
Pautan Lanjut
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
  • Direktori Staf
  • Buletin ASWARA
Menarik di ASWARA
  • Galeri
  • Akhbar
  • Buku
  • Acara Akan Datang
Tarikh Kemaskini
  • 13 July 2025

Jumlah Pengunjung
  • 12,666,183

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb