• Utama
  • Tentang ASWARA
    • Ucapan Aluan Rektor
    • Visi, Misi & Objektif
    • Latar Belakang
    • Carta Organisasi
  • Kemasukan & Bantuan
    • Asasi
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Pascasiswazah
    • Asrama
    • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
  • Fakulti
    • Fakulti Muzik
    • Fakulti Tari
    • Fakulti Teater
    • Fakulti Animasi & Multimedia
    • Fakulti Penulisan Kreatif & Filem
    • Fakulti Seni Halus
    • Fakulti Pengurusan Seni Budaya & Warisan
    • Future Creative School
    • Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif
    • Pusat Pengajian Pascasiswazah
    • Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA)
  • Menarik di ASWARA
    • Acara Akan Datang
    • Galeri
    • Akhbar
    • Buku
    • Anugerah
    • Buletin ASWARA
    • Piagam Pelanggan
    • Laporan Tahunan
  • Kenali Kami
    • Hubungi Kami
    • Direktori Staf
    • Emel Kakitangan
    • Lembaga Pengarah
    • Kepakaran Pensyarah ASWARA
  • Perkhidmatan
    • Jawatan Kosong
    • Aduan Awam
    • Tender & Sebutharga
    • Sewa Ruang
    • Perpustakaan
  • Pelajar
    • Portal Konvokesyen ASWARA
    • Portal Pelajar
    • Aduan Pelajar
    • Aduan HEPA
    • Portal Jawatankuasa Pewakilan Pelajar
  • Penjaga
    • Portal Penjaga
  • Kakitangan
    • Integriti
    • Portal Pensyarah
    • Portal SMS
    • Portal Fakulti
    • HRMIS
    • Pekeliling Pentadbiran ASWARA
    • Jadual Pembayaran Emolumen
    • Puspanita ASWARA
  • APEL C
aswara-logo
  • my flag Bahasa Melayu
  • uk flag English

aaaaa

image_banner
Fakulti Tari

Fakulti Tari

  • Tentang Fakulti
  • Diploma
    • Struktur Kursus
  • Ijazah Sarjana Muda
    • Struktur Kursus
  • Pensyarah
  • Cara Permohonan
  • Galeri

Tentang Fakulti


Fakulti Tari menawarkan Program Diploma Seni Tari dan Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian secara sepenuh masa dengan dua pengkhususan iaitu Persembahan dan Koreografi. Sasaran utama Fakulti Tari melahirkan penari dan koreografer profesional, berilmu, dan berkaliber tinggi serta mampu menghasilkan karya tari yang berkualiti tinggi. Pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Tari dilaksanakan melalui kegiatan di dalam studio, kuliah, dan produksi menggunakan pendekatan pembelajaran 'hands-on' daripada tenaga pengajar yang mahir seperti adiguru, tokoh industri, pensyarah dan ahli profesional.

 

Program yang menyeluruh ini bertujuan melahirkan graduan yang menguasai pelbagai teknik tari yang terdapat di Malaysia, Asia dan Barat. Matlamat utama program ijazah adalah melahirkan penari ataupun koreografer profesional yang bertaraf antarabangsa dengan pengetahuan teori dan praktikal. Institusi ini mempunyai matlamat untuk melahirkan penggiat seni yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak dalam usaha membangunkan industri kesenian kreatif negara. Melalui program pengajian yang menitikberatkan ilmu teori dan praktikal, Fakulti Tari juga melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kaedah dalam melaksanakan kajian untuk menjadi penggiat seni, pendidik, pakar rujuk dan sarjana.

 

Pengisian kursus meliputi bengkel tari serta melakukan produksi yang membekalkan kemahiran dan pengalaman kepada pelajar. ASWARA berhasrat melahirkan penggiat seni yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak yang mampu membangunkan industri kesenian kreatif negara. Melalui program pengajian yang menitikberatkan ilmu praktikal dan teori, Fakulti Tari melengkapkan graduan dengan ilmu dan kaedah yang diperlukan serta melaksanakan kajian untuk menjadi penggiat, pendidik, dan sumber rujukan dalam bidang kesenian, seiring dengan penggunaan teknologi terkini, serta menghasilkan pelajar yang mampu berdaya saing di dalam industri seni tari sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.


Diploma


DIPLOMA SENI TARI - MQA/FA0163

ASWARA menawarkan program Diploma Seni Tari yang menerapkan konsep pembelajaran praktikal dan teori merangkumi kepelbagaian budaya, penciptaan karya dan pemikiran dalam tari. Silibus pembelajaran adalah berteraskan kepada teknik tari tradisional Malaysia meliputi tarian kaum utama di Malaysia. Seiring dengan industri seni persembahan, bagi menghasilkan penari yang berdaya saing, teknik tari Barat seperti Balet dan kontemporari diterapkan serta menjadi sebahagian daripada subjek utama yang akan dipelajari. 


Selain itu, bagi memastikan pelajar mampu berfikir, berbincang dan menilai sesuatu persembahan, subjek teori seperti Pengenalan Teori Persembahan, Sejarah Tari serta Anatomi dan Kecederaan dalam Tari dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pelajar juga didedahkan kepada pengolahan gerak tubuh di dalam subjek Pergerakan Kreatif, Komposisi dan Asas Koreografi. Program ini bertujuan memberi penekanan menyeluruh dalam setiap tarian yang dipelajari dari segi kefahaman teknik, gaya dan rasa supaya dapat melahirkan penari yang berkualiti serta profesional.

 
Berikut merupakan jenis tarian yang akan dipelajari:

• Tari Rakyat Melayu

• Tari Klasik Melayu

• Tari Rakyat Cina

• Tari Klasik India

• Tari Etnik Sabah

• Tari Etnik Sarawak

• Kontemporari

• Balet

• Silat

• Tai Chi


 

Ijazah Sarjana Muda


IJAZAH SARJANA MUDA TARI DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN) - MQA/FA0144

Pengkhususan ini akan melatih dan mengasah bakat pelajar dalam semua aspek persembahan untuk menghasilkan graduan tari yang berkaliber tinggi. Kursus yang ditawarkan merangkumi persembahan tarian tradisional rakyat, klasik dan etnik di Malaysia serta genre-genre tari yang lain seperti Tari Asia Tenggara, Balet, Moden, Kontemporari  dan sebagainya. Semasa penilaian tahun akhir, pelajar akan dinilai dalam persembahan yang berdurasi selama 20 hingga 25 minit yang wajib dipersembahkan secara solo, duet dan berkumpulan. Matlamat program adalah untuk melahirkan graduan yang menjadi penari yang berilmu, serba boleh (versatile), bersifat pemimpin, boleh berkomunikasi dengan baik, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, berdaya saing, dan memiliki daya pemikiran  kreatif serta kritis sejajar dengan amalan industri. 

 

Pelajar akan mempersembahkan (pilihan) tarian seperti berikut:

●   Tari Melayu

●   Tari India

●   Tari Cina

●   Tari Sabah/ Sarawak

●   Balet

●   Kontemporari

●   Silat

●   dan lain-lain (dengan persetujuan Fakulti)

 

Syarat: Setiap pelajar wajib mempersembahkan tarian secara solo, duet dan berkumpulan. Durasi persembahan adalah selama dua puluh (20) hingga dua puluh lima (25) minit untuk setiap pelajar.


IJAZAH SARJANA MUDA TARI DENGAN KEPUJIAN (KOREOGRAFI) - MQA/FA0145

Pengkhususan ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan ilmu yang diperlukan untuk mencungkil daya kreativiti dalam menghasilkan koreografi melalui kuliah, bengkel, seminar, serta persembahan. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Improvisasi, Komposisi Tari, Koreografi, Rekonstruksi Tari, Muzik Untuk Tari, dan Tari & Multimedia. Bagi penilaian tahun akhir, pelajar wajib menghasilkan dua (2) buah karya tari yang bertemakan elemen tradisi dan bebas. Keunikan pengkhususan ini adalah memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan daya kreativiti dalam menghasilkan karya tari di samping mengangkat elemen tradisi yang bertujuan untuk melahirkan koreografer yang berteraskan identiti Malaysia. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan koreografer berilmu, berkaliber, berdaya saing, memiliki daya pemikiran kreatif serta kritis, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi, dan mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sejajar dengan amalan industri.


Berikut merupakan pelaksanaan modul dalam persembahan dan koreografi:

Pelajar harus menghasilkan dua (2) karya iaitu: -

●   Satu (1) karya yang menggunakan elemen tradisi.

●   Satu (1) karya bebas.

Durasi setiap karya adalah selama lapan (8) hingga sepuluh (10) minit.


Diploma


BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI AKADEMIK 2024/2025

 

 

Ijazah Sarjana Muda


BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2024/2025

 

BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2024/2025

Pensyarah


Dr. NORSAFINI JAFAR-Dekan Fakulti Tari
Dr. NORSAFINI JAFAR
Dekan Fakulti Tari
 NORBAIZURA ABDUL GHANI-Timbalan Dekan  Fakulti Tari
NORBAIZURA ABDUL GHANI
Timbalan Dekan Fakulti Tari
 NG XINYING-Pensyarah Fakulti Tari
NG XINYING
Pensyarah Fakulti Tari
 UMESH SHETTY-Pensyarah Fakulti Tari
UMESH SHETTY
Pensyarah Fakulti Tari
 MOHD YUNUS ALIALLAH @ ISMAIL-Pensyarah Fakulti Tari
MOHD YUNUS ALIALLAH @ ISMAIL
Pensyarah Fakulti Tari
 MURNI OMAR-Pensyarah Fakulti Tari
MURNI OMAR
Pensyarah Fakulti Tari
 MOHD. HAFZAL AZIZ-Pensyarah Fakulti Tari
MOHD. HAFZAL AZIZ
Pensyarah Fakulti Tari

Cara Permohonan


Langkah 1

Isi permohonan ONLINE di www.aswara.edu.my (No Kad Pengenalan dan emel hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja)

Langkah 2

Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat

Langkah 3

Untuk menghantar sijil-sijil kelayakan akademik, anda boleh klik pautan https://forms.gle/q7fUz34FmTQD3kiQ9 (rujuk di Notis Peringatan "Borang Permohonan ON-LINE")

Langkah 4

Sebarang makluman akan disalurkan melalui emel/portal yang digunakan untuk permohanan

Mohon Sekarang

Galeri


Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
faculties_images

Ikuti Kami Di Media Sosial

  • Aswara, Fakulti Tari 
    Aswara, Fakulti Tari
  • tari_aswara 
    tari_aswara
  • Tari_aswara 
    Tari_aswara



Hubungi Kami
  • 464, Jalan Tun Ismail,
    50480, Kuala Lumpur,
    Malaysia

  • Tel : 03-2778 5999

  • Faks : 03-2778 5903

  • Emel : info@aswara.edu.my

Kemasukan
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Pascasiswazah
  • Asrama
  • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
Portal ASWARA
  • Portal Fakulti
  • Portal Pelajar
  • Portal Pensyarah
  • Perpustakaan
logo
Perkhidmatan
  • Jawatan Kosong
  • Maklumbalas
  • Aduan Awam
  • Sewa Ruang
  • Penerbitan
Pautan Lanjut
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
  • Direktori Staf
  • Buletin ASWARA
Menarik di ASWARA
  • Galeri
  • Akhbar
  • Buku
  • Acara Akan Datang
Tarikh Kemaskini
  • 13 July 2025

Jumlah Pengunjung
  • 12,666,256

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb