IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN) - MQA/FA 0154
Program Persembahan memberi penekanan kepada mutu permainan terutamanya dalam persembahan alat muzik atau vokal. Pengajian ditawarkan secara one to one iaitu seorang pelajar dibimbing oleh seorang tenaga pengajar. Pelajar boleh memilih satu alat muzik yang ingin dipelajari dari pelbagai genre muzik. Pelajar akan dilatih secara intensif dalam teknik permainan dan kreativiti dalam persembahan. Kursus ensemble disediakan agar pelajar mendapat pendedahan serta membuat persembahan muzik secara berpasukan. Pelajar diwajibkan membuat persembahan pada setiap semester. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir (PeTA). Sewaktu di akhir pengajian, pelajar akan bersedia melibatkan diri dalam industri dan mengembangkan ilmu serta kemahiran yang diperolehi.
IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (KOMPOSISI DAN GUBAHAN) - MQA/FA 0152
Program Komposisi dan Gubahan mengutamakan kreativiti individu dan kepimpinan dalam kerja berpasukan. Pengajian adalah merangkumi penciptaan lagu, susunan muzik orkestra dan big band serta muzik untuk filem, animasi, permainan digital, seni persembahan teater dan tari. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari fakuti lain di ASWARA. Penekanan program ini adalah teknik gubahan dan analisis harmoni yang memerlukan penguasaan dalam teori muzik sebelum boleh diterima masuk didalam program ini. Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan muzik teknologi seperti Digital Audio Workstation (DAW). ASWARA mempunyai Makmal Audio dengan kemudahan DAW dimana pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan penghasilan karya kreatif. Kemuncak bagi program ini ialah penciptaan dan penggubahan lagu dalam Projek Penilaian Tahun Akhir (PeTA).
IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PRODUKSI AUDIO) - MQA/FA 0151
Program ini melahirkan pelajar dengan kemahiran teknologi Audio Digital dalam rakaman audio dan muzik siaran langsung. Pelajar akan didedahkan secara praktikal tentang teknik rakaman, teknik adunan dan teknik mastering di dalam studio bertaraf profesional di ASWARA. Pelajar diberi latihan dalam persekitaran sistem bunyi secara siaran langsung seperti konsert, recital dan sebagainya. Kemuncak bagi program ini ialah penghasilan audio dalam Projek Penilaian tahun Akhir (PeTA). Sewaktu akhir pengajian, pelajar akan menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang produksi audio yang membolehkan pelajar bergerak aktif dalam industri kreatif.