Latar Belakang

  • 1971

    backgroundImages_0

    Kongress Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah ditubuhkan.

  • 1990

    backgroundImages_1

    Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

  • 1994

    backgroundImages_2

    Kumpulan pertama pelajar telah mendaftar pengajian Diploma ASK di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

  • 2004

    backgroundImages_3

    Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (AKTA 653) diluluskan.

  • 2006

    backgroundImages_4

    ASK berpindah ke kampus tetap di 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

  • 2008

    backgroundImages_5

    Menteri Kebudayaan dan Warisan telah mengisytiharkan ASWARA sebagai sebuah badan berkanun.

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian dalam bidang seni kreatif yang didokongi sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, la merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyedia dan menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisi Malaysia serta memiliki gabungan tenaga akademik, karyawan dan penggiat seni yang berkualiti dari segi kemahiran, keilmuan, teori dan praktikal sebagai tenaga pengajar.

Kurikulum pembelajaran yang disediakan mendedahkan para pelajar kepada institusi seni yang sebenar supaya berupaya bekerja seiring dengan golongan profesional yang terlibat di dalam industri kreatif negara. ASWARA juga menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar dan lulusan ASWARA untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara kebudayaan dan kesenian anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Selain itu, kemudahan pembelajaran dan infrastruktur yang disediakan adalah pada tahap terbaik dan sealiran dengan keperluan semasa serta memberi keutamaan kepada penyelidikan dan penerokaan ke arah pengumpulan dan penemuan baharu berkaitan seni budaya dan warisan. ASWARA juga berhasrat untuk menerbitkan bahan-bahan akademik serta menjadi pusat rujukan negara dalam bidang seni budaya dan warisan pada masa akan datang.