• Utama
  • Tentang ASWARA
    • Ucapan Aluan Rektor
    • Visi, Misi & Objektif
    • Latar Belakang
    • Carta Organisasi
  • Kemasukan & Bantuan
    • Asasi
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Pascasiswazah
    • Asrama
    • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
  • Fakulti
    • Fakulti Muzik
    • Fakulti Tari
    • Fakulti Teater
    • Fakulti Animasi & Multimedia
    • Fakulti Penulisan Kreatif & Filem
    • Fakulti Seni Halus
    • Fakulti Pengurusan Seni Budaya & Warisan
    • Future Creative School
    • Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif
    • Pusat Pengajian Pascasiswazah
    • Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA)
  • Menarik di ASWARA
    • Acara Akan Datang
    • Galeri
    • Akhbar
    • Buku
    • Anugerah
    • Buletin ASWARA
    • Piagam Pelanggan
    • Laporan Tahunan
  • Kenali Kami
    • Hubungi Kami
    • Direktori Staf
    • Emel Kakitangan
    • Lembaga Pengarah
    • Kepakaran Pensyarah ASWARA
  • Perkhidmatan
    • Jawatan Kosong
    • Aduan Awam
    • Tender & Sebutharga
    • Sewa Ruang
    • Perpustakaan
  • Pelajar
    • Portal Konvokesyen ASWARA
    • Portal Pelajar
    • Aduan Pelajar
    • Aduan HEPA
    • Portal Jawatankuasa Pewakilan Pelajar
  • Penjaga
    • Portal Penjaga
  • Kakitangan
    • Integriti
    • Portal Pensyarah
    • Portal SMS
    • Portal Fakulti
    • HRMIS
    • Pekeliling Pentadbiran ASWARA
    • Jadual Pembayaran Emolumen
    • Puspanita ASWARA
  • APEL C
aswara-logo
  • my flag Bahasa Melayu
  • uk flag English

aaaaa

image_banner
Fakulti Seni Halus

Fakulti Seni Halus

  • Tentang Fakulti
  • Diploma
    • Struktur Kursus
  • Ijazah Sarjana Muda
    • Struktur Kursus
  • Pensyarah
  • Cara Permohonan
  • Galeri

Tentang Fakulti


Fakulti Seni Halus merupakan sebuah fakulti yang menumpukan kepada pengajian bidang seni reka visual. Berbeza dengan universiti-universiti lain di Malaysia, pengajaran dan pembelajaran fakulti ini menggabungkan tiga bidang rekaan iaitu Seni Halus, Seni Reka Grafik dan Sinografi. Gabungan ini membawa keunikan yang tersendiri di mana fokus pengajian bukan sahaja dijuruskan kepada Seni Tampak Analog dan Digital, malah pelajar diajar menterjemah Rekaan Visual Pementasan dan Produksi.

 

Fakulti ini juga menyediakan peluang pembelajaran dan pengajian peringkat tertinggi yang sistematik, formal dan berkualiti. Tiga bidang yang disediakan ini akan menyokong kepada perkembangan bakat seni visual yang berkebolehan dalam menghasilkan karya seni tampak, menghasilkan gubahan digital seni grafik dan juga seni penterjemahan skrip ke pementasan. Ia secara tidak langsung meluaskan lagi skop kepakaran dan pekerjaan para graduan dalam industri.

 

KERJAYA :

 

Graduan yang lahir dari Fakulti Seni Halus khususnya dari program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual dengan Kepujian, Diploma Pengajian Rekaan Komunikasi Visual dan Diploma Pengajian Seni Halus mempunyai potensi yang tinggi untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri seni kreatif Negara khususnya Seni Komunikasi Visual dan Seni Reka Persembahan sama ada sebagai :

• Pelukis (Artist)

• Pereka Grafik (Graphic Designer)

• Pengarah Artistik (Artistic Director)

• Pengarah Teknikal (Technical Director)

• Pengarah Seni Visual (Art Visualizer)

• Pereka Produksi (Production Designer)

• Pengarah Seni (Art Director)

• Pereka Set (Set Designer)

• Pereka Prop (Prop Designer)

• Pereka Cahaya (Lighting Designer)

• Pereka Kostum (Costume Designer)

• Pereka Solekan (Make-up Designer)

• Pereka Multimedia (Multimedia Designer)

• Jurufoto (Photographer)

• Pelukis Papan Cerita (Storyboard Artist)

• Pereka Tatacahaya (Lighting Designer)

Diploma


DIPLOMA SENI HALUS - MQA/FA 0194

Program Pengajian Diploma Seni Halus bermatlamat melahirkan karyawan, seniman, pelukis, pengarca, penghayat seni yang berilmu, kreatif, beradab dan profesional melalui satu program pendidikan formal Seni Halus yang bersifat holistik berteraskan kesenian dan warisan negara. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni berbentuk vokasional dan kemahiran dengan sokongan latihan dari adiguru-adiguru Negara, berteraskan warisan dan budaya Negara dalam tiga cabang seni halus yang utama iaitu catan, cetakan dan arca.

 

SENI CATAN

Pelajar akan didedahkan kepada unsur dan prinsip seni catan di samping menguasai teknik-teknik dan menggunakan bahan-bahan catan dengan kreatif.

SENI CETAKAN

Pelajar akan didedahkan melalui pemikiran dan pemahaman bahasa seni tampak selain memahami kaedah medium, teknik-teknik seni cetak konvensional dan pengendalian bahan cetakan secara kreatif seterusnya mampu berkarya dengan menerapkan unsur-unsur tempatan.

SENI ARCA

Pemahaman seni arca berlandaskan warisan, pelajar akan didedahkan dengan cara pengolahan, pemilihan bahan dan kesesuaiannya dengan gaya dan maksud serta seterusnya mampu menghadirkan arca sezaman bercirikan tradisional yang baik.

 

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN :

  • Lukisan
  • Catan
  • Cetakan
  • Arca
  • Fotografi
  • Penyelidikan Studio

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL - MQA/FA 5167

Program Pengajian Diploma Rekaan Komunikasi Visual merupakan program yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang menggabungkan ilmu fine arts, 3D design  dan performing arts. Keunikan kursus ini ialah menawarkan kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design hingga kepada moving images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada kursus ini berbanding dengan kursus rekaan komunikasi visual yang lain.

 

Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang painting, drawing dan photography. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat menguasai bidang seni reka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banner, bunting, brochures, pamphlet, corporate image dan lain-lain.

 

Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada moving images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem dan animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui rekaan bentuk (texture), warna (color), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi membolehkan pelajar membuat rekaan set dan prop, kostum, mekap, multimedia, pencahayaan dan bunyi.

 

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti ADOBE dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang kepada pelajar melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran tinggi.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN :

  • Grafik
  • Sinografi
  • Rekaan Produksi
  • Fotografi Digital
  • Perniagaan dan Rekaan
  • AutoCAD dan Visualisasi

Ijazah Sarjana Muda


IJAZAH SARJANA MUDA SENI REKA VISUAL DENGAN KEPUJIAN (MQA/FA 9758)

Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual dengan Kepujian yang ditawarkan oleh ASWARA merupakan sebuah program yang dibentuk untuk memberi pengetahuan secara menyeluruh di dalam tiga bidang utama iaitu :

 

SENI HALUS

Pelajar akan didedahkan dengan cara penghasilan karya yang lebih dewasa dan kritis dalam menjadi pengkarya seni tampak yang mampu bersaing di dalam industri seni visual negara.

 

SENI GRAFIK

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran teori dan praktikal dalam mengolah seni digital melalui penguasaan menggunakan perisian komputer dalam menjana rekaan seni grafik yang menepati kehendak industri semasa.

 

SINOGRAFI

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menterjemahkan teks berupa skrip dan sinopsis produksi kepada penghasilan rekaan seni latar dalam menjayakan sesebuah persembahan produksi seperti tv komersial, drama, filem, teater, tarian dan konsert muzik.

 

Pengajaran dan pembelajaran memberi lebih tumpuan kepada kemahiran praktikal berhubung dengan peranan, tugas, dan tanggungjawab seorang pereka di dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama ada organisasi swasta atau kerajaan, di dalam bidang seni kreatif. Penekanan diberikan kepada pendidikan seni visual berbentuk teori, praktikal dan kemahiran dengan sokongan dan latihan daripada pensyarah dan guru yang bertauliah serta berpengalaman bagi melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN:

  • Catan
  • Lukisan Teknikal dan AutoCAD
  • Lukisan
  • Grafik
  • Fotografi Digital
  • Sinografi
  • Rekaan dalam Persembahan

Diploma


BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI AKADEMIK 2024/2025

BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN DIPLOMA SESI AKADEMIK 2024/2025

Ijazah Sarjana Muda


BUKU PANDUAN AKADEMIK PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2024/2025

Pensyarah


Prof. Madya SUZLEE IBRAHIM @ SULONG-Dekan Fakulti Seni Halus
Prof. Madya SUZLEE IBRAHIM @ SULONG
Dekan Fakulti Seni Halus
 MOHD BAKIR BAHAROM-Timbalan Dekan Fakulti Seni Halus
MOHD BAKIR BAHAROM
Timbalan Dekan Fakulti Seni Halus
 MOHD SAFWAN AHMAD-Pensyarah Fakulti Seni Halus
MOHD SAFWAN AHMAD
Pensyarah Fakulti Seni Halus
 AIZAT AMIR AHMAD SANUSI-Pensyarah Fakulti Seni Halus
AIZAT AMIR AHMAD SANUSI
Pensyarah Fakulti Seni Halus
 RUSYDI HANIS MOHD RAMALI-Pensyarah Fakulti Seni Halus
RUSYDI HANIS MOHD RAMALI
Pensyarah Fakulti Seni Halus
 MOHD FAIZAL MD SUHIF-Pensyarah Fakulti Seni Halus
MOHD FAIZAL MD SUHIF
Pensyarah Fakulti Seni Halus

Cara Permohonan


Langkah 1

Isi permohonan ONLINE di www.aswara.edu.my (No Kad Pengenalan dan emel hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja)

Langkah 2

Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat

Langkah 3

Untuk menghantar sijil-sijil kelayakan akademik, anda boleh klik pautan https://forms.gle/q7fUz34FmTQD3kiQ9 (rujuk di Notis Peringatan "Borang Permohonan ON-LINE")

Langkah 4

Sebarang makluman akan disalurkan melalui emel/portal yang digunakan untuk permohanan

Mohon Sekarang

Galeri


Akan datang
faculties_images

Ikuti Kami Di Media Sosial

  • Faculty of Fine Art - Aswara 
    Faculty of Fine Art - Aswara
  • senihalus_aswara 
    senihalus_aswara
  • Fine Art Club ASWARA 
    Fine Art Club ASWARA



Hubungi Kami
  • 464, Jalan Tun Ismail,
    50480, Kuala Lumpur,
    Malaysia

  • Tel : 03-2778 5999

  • Faks : 03-2778 5903

  • Emel : info@aswara.edu.my

Kemasukan
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Pascasiswazah
  • Asrama
  • Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
Portal ASWARA
  • Portal Fakulti
  • Portal Pelajar
  • Portal Pensyarah
  • Perpustakaan
logo
Perkhidmatan
  • Jawatan Kosong
  • Maklumbalas
  • Aduan Awam
  • Sewa Ruang
  • Penerbitan
Pautan Lanjut
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
  • Direktori Staf
  • Buletin ASWARA
Menarik di ASWARA
  • Galeri
  • Akhbar
  • Buku
  • Acara Akan Datang
Tarikh Kemaskini
  • 13 July 2025

Jumlah Pengunjung
  • 12,666,229

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb

© 2025 Hakcipta terpelihara ASWARA

1motac
2mygov
3mqa
4tourism
5warisan
6jkkn
7istana
8kraftangan
9artgallery
10itc
11myceb