Mak Yong telah diiktiraf sebagai “Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity” oleh UNESCO pada 25 November 2005.
Somalia adalah satu-satunya negara di Afrika yang menggunakan satu bahasa untuk satu negara, iaitu Bahasa Somali.
Bahasa tersulit di dunia adalah Bahasa Basque, kerana tidak memiliki perkaitan salasilah bahasa dengan bahasa lain di dunia.
Terdapat lebih daripada 10 jenis gasing yang dimainkan di Malaysia dan ianya mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Antara jenis gasing yang terdapat di Malaysia adalah Gasing toyol, Gasing begelen, Gasing berembang, Gasing buku benang, Gasing jantung.
Perkataan ‘gamelan’ berasal daripada perkataan Jawa ‘gamel’ yang bermaksud memukul atau tukul dan muzik gamelan dikatakan pernah digunakan oleh Wali Songo dalam proses menyebarkan agama Islam di Indonesia.
Permainan congkak melibatkan dua orang pemain. Peralatan yang digunakan ialah papan yang mempunyai sekampung (sederetan) lima, tujuh, lapan atau sembilan rumah anak (lubang) yang disusun dalam dua deretan bersebelahan rumah ibu di kiri dan kanan papan.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.