BENGKEL KERJAYA : FINISHING SCHOOL PROGRAMME | ASWARA
8 Mac 2018, Khamis
Pada 5 Mac yang lalu, Tim kami dijemput oleh ASWARA untuk mengendalikan slot ‘grooming & communication’ bersempena Finishing School Programme yang dihadiri oleh hampir seratus orang pelajar Diploma dalam pelbagai bidang seni yang akan menamatkan pengajian diploma mereka.
Membina kerjaya dalam bidang seni dan kreatif bukanlah tiket untuk boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang anda suka. Apa sahaja bidang kerjaya tetap memerlukan komitmen yang tinggi dari cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi. Orang yang hebat tetap bermula dengan insan biasa yang bermula dari bawah. Bagaimana hebat pun bakat dan ilmu yang ada tidak akan dapat membantu kepada kejayaan apabila tidak pandai membawa diri dan menghormati majlis dan suasana, peraturan dan orang yang ingin berurusan.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :
http://raihan.awaken-image.com/bengkel-kerjaya-finishing-school/ )
___________________________________________________________________________________________________________________________________
UNIVERSITI P. RAMLEE BAKAL BUKA KAMPUS DI TAMAN ILMU BESUT
PM LULUS PERUNTUKAN RM500 JUTA MAJUKAN BESUT
KEROSAKAN TAMAN ILMU DI BESUT SIAP DIBAIKI TIGA BULAN LAGI
UNIVERSITI P. RAMLEE MULA BEROPERASI DI TAMAN ILMU SEPTEMBER INI
Universiti P. Ramlee Kampus Terengganu yang bakal beroperasi di Taman Ilmu di Besut menyasarkan 500 hingga 1,000 penuntut bagi pengambilan pertama pada September depan.
Rektornya Profesor Datuk Ir Dr Mohd Rizon Johari berkata pengambilan pelajar untuk kampus pertama di luar Kuala Lumpur itu sedang giat dijalankan dengan keutamaan diberi kepada penuntut setempat yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang seni dan warisan.
“Kita akan usaha untuk cari mereka yang berminat terutamanya dari kampung-kampung, yang mana mereka mungkin berbakat tapi takut untuk ke menara gading. Universiti P Ramlee adalah tempat yang sesuai untuk mereka.
“Pemilihan Besut sebagai kampus kedua kerana daerah ini adalah ibu segala seni budaya serta ia berada di sempadan Kelantan dan Terengganu. Kita ingin buka kampus di Kelantan tetapi terlampau banyak halangan, jadi saya rasa inilah tempat paling sesuai terutama untuk mengasah bakat dalam bidang kebudayaan seperti mak yong, wayang kulit di samping muzik moden yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tapak Universiti P Ramlee di Taman Ilmu yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini hari ini.
Universiti P. Ramlee atau dahulunya dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah dinaik taraf sebagai universiti awam penuh seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 11 Okt tahun lalu.