ASWARA JADI UNIVERSITI P.RAMLEE
Berita Harian Online : 7 April 2018, Sabtu
Kuala Lumpur: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dinaik taraf kepada Universiti P. Ramlee (UPR), bertujuan memacu industri kreatif dan kebudayaan di Malaysia.
Menifesto Barisan Nasional (BH) meletakkan pencapaian sesebuah tamadun tidak boleh diukur dari sudut ekonomi semata-mata, tetapi harus juga ditimbang menerusi aspek kemajuan ilmu, perkembangan apresiasi seni, sastera, budaya dan ketinggian akal budi bangsa.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
ASWARA JADI UNIVERSITI P. RAMLEE (UPR)
My Metro : 7 April 2018, Sabtu
MANIFESTO Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dilancarkan malam tadi memberi penekanan terhadap pendidikan iaitu Kemasukan Pendidikan Sesuai Masa Depan Untuk Revolusi Industri 4.0.
Ia termasuk mencadangkan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P. Ramlee (UPR) bertujuan memacu industri kreatif dan kebudayaan di negara ini.
…
___________________________________________________________________________________________________________________________________
UNIVERSITI P. RAMLEE MAMPU LAHIR GRADUAN SENI BERKUALITI
Berita Harian Online : 9 April 2018, Isnin
Kuala Lumpur : Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang akan dinaik taraf kepada Universiti P. Ramlee (UPR), mampu melahirkan graduan seni lebih berkualiti dan dapat membantu memacu pembangunan negara dengan lebih dinamik.
Rektornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari, berkata pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berhubung penubuhan UPR jelas menggembirakan kira-kira 1,000 kakitangan dan pelajar ASWARA memandangkan usia penubuhannya tahun ini sudah mencecah 24 tahun.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
UNIVERSITI P.RAMLEE TO PRODUCE NEXT GENERATION OF CREATIVE ARTS PERSONALITIES
New Straits Times : 9 April 2018, Isnin
Kuala Lumpur : The National Academy of Arts, Culture and Heritage (ASWARA), which will be upgraded to Universiti P.Ramlee (UPR), will not only produce quality arts graduates but can also spur the nation’s growth in a dynamic manner.
Its rector, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari said, the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also Barisan Nasional chairman, has delighted ASWARA’s more than 1,000 staff and students, given that the academy is now in its 24th year.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
ASWARA UPGRADED TO P.RAMLEE UNIVERSITY
New Straits Times : 15 April 2018, Ahad
Kuala Lumpur : The National Academy of Arts, Culture and Heritage (ASWARA) will be upgraded to Universiti P. Ramlee as part of Barisan Nasional’s initiative to spur the country’s cultural and creative industry.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
BENTUK BADAN JADI UKURAN
Berita Harian : 14 April 2018, Sabtu
Gelaran dan ejekan gemuk sudah menjadi ‘permainan hidup’ pengacara, pelakon dan pelawak popular, Sherry Alhadad, 34, sejak kecil lagi.
…
Tak mudah mengalah
Bekas pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater itu berkata, dia pernah memasang angan-angan untuk menurunkan berat badan sejak sekolah rendah lagi…
___________________________________________________________________________________________________________________________________
KELAS TEATER PERCUMA SHERRY
Kosmo! : 15 April 2018, Ahad
“Perasaan rendah diri itu akan ada apabila orang masih memandang rupa daripada bakat,” luah Sherry Alhadad yang beberapa kali berdepan persepsi begitu selama 12 tahun berkecimpung dalam lapangan seni.
“Apabila berada dalam lapangan ini, memang adakalanya saya rasa rendah diri. Sebabnya, kita sering dimomokkan kalau mahu jadi artis kena ada pakej cantik dan sebagainya. Saya alamani diskriminasi tersebut. Namum, saya pegang kata-kata guru daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ketika menuntut di sana dalam bidang teater, jadikan kekurangan itu satu kelebihan,” ujarnya.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
ASWARA ANJUR HARI TERBUKA BERKONSEP SENI, BUDAYA
PressReader.com (Online) : 19 April 2018, Khamis
___________________________________________________________________________________________________________________________________
‘KONSERT PERMATA SENI’ BAKAL GEGARKAN ISTANA BUDAYA
Astro Awani : 27 April 2018, Jumaat
KUALA LUMPUR: Permata Seni julung kalinya berkolaborasi dengan tenaga profesional menerusi ‘Konsert Permata Seni’ bakal mengegarkan Istana Budaya selama dua hari mulai Sabtu ini
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli berkata Konsert Permata Seni akan menggabungkan anak-anak Permata Seni dengan penampilan khas tenaga profesional seperti Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Koir Kebangsaan Malaysia dan alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Ketika konsert nanti kita akan melihat kehebatan anak-anak Permata Seni beraksi apabila digabungkan dengan tenaga profesional, dari situ kita akan sedar bahawa mereka juga mempunyai bakat dalam bidang masing-masing.