FAKULTI MUZIK

Fakulti Muzik ASWARA menawarkan program pendidikan muzik yang bermatlamat untuk melahirkan para graduan Ijazah Sarjana Muda yang berilmu dan berketerampilan tinggi. Terdapat tiga buah program Ijazah Sarjana Muda Muzik Denga Kepujian yang ditawarkan iaitu program Persembahan, program Komposisi dan Gubahan dan program Produksi Audio. Pelajar boleh memilih salah satu program apabila berada pada Tahun ke dua.

Keunikan program muzik ASWARA adalah pengajian muzik dalam pelbagai genre merangkumi muzik Jazz dan Popular, Western Traditional dan Muzik Tradisional Malaysia. Program ini juga menitikberatkan kemahiran insaniah dan keusahawanan. Pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti Penulisan Ilmiah sebagai pendedahan awal untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah.

Program Ijazah Sarjana Muda Muzik dijalankan selama 6 semester atau tiga tahun bagi melengkapkan keperluan 120 jam kredit. Pada penghujung semester 5, pelajar perlu menghasilkan persembahan atau hasil karya yang dinilai oleh panel luar dan kalangan industri di hadapanpan khalayak ramai. Pada semester 6, pelajar perlu menghadiri Latihan industri atau program internship di beberapa tempat yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.

 

DIPLOMA SENI MUZIK – MQA/FA 016

Program Diploma Seni Muzik adalah khusus bagi calon yang berada pada tahap asas dan menengah. Kemasukan adalah melalui proses temuduga dan ujibakat selepas calon memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Selain penekanan dalam aspek kemahiran seperti pengajian alat muzik major dan penglibatan dalam ensemble muzik, pelajar juga didedahkan dengan keperluan dari sudut kognitif seperti Teori Muzik dan Sejarah Muzik. Program Diploma Seni Muzik dijalankan selama 6 semester atau tiga tahun bagi melengkapkan keperluan 90 jam kredit.

 

Program peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang ditawarkan adalah:

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN) – MQA/FA 0154

Program persembahan memberi penekanan kepada mutu permainan terutamanya dalam persembahan alat muzik atau vokal. Pengajian ditawarkan secara one to one iaitu seorang pelajar dibimbing oleh seorang tenaga pengajar. Pelajar boleh memilih satu alat muzik yang ingin dipelajari dari pelbagai genre muzik. Pelajar akan dilatih secara intensif dalam teknik permainan dan kreativiti dalam persembahan. Kursus ensemble disediakan agar pelajar mendapat pendedahan serta membuat perembahan muzik secara berpasukan. Pelajar diwajibkan membuat persembahan pada setiap semester. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir. Diakhir pengajian pelajar akan bersedia melibatkan diri dalam industri dan mengembangkan ilmu serta kemahiran yang diperolehi.

 

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (KOMPOSISI DAN GUBAHAN) – MQA/FA 0152

Program Komposisi dan Gubahan mengutamakan nilai kreativiti individu..Ini termasuk penciptaan lagu, susunan muzik orchestra dan big band, muzik untuk filem, animasi  dan seni persembahan. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari fakuti lain di ASWARA.. pelajar juga perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan muzik teknologi seperti Digital Audio Workstation. ASWARA mempunyai audio lab dengan kemudahan DAW dimana pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan penghasilan karya kreatif. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir. Diakhir pengajian pelajar akan menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang gubahan yang membolehkan pelajar diterima didalam industri atau meneruskan pengajian lebih tinggi dalam bidang berkaitan.

 

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PRODUKSI AUDIO) – MQA/FA 0151

Program ini membolehkan pelajar memiliki kemahiran dalam perkara yang melbatkan teknologi digital audio dalam rakaman audio. Pelajar akan didedahkan secara praktikal tentang teknik rakaman, teknik adunan dan teknik mastering didalam persekitaran studio bertaraf profesional di ASWARA. Pelajar juga akan diberi kemahiran dalam persekitaran sistem bunyi secara live seperti konsert, resital dan sebagainya. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir. Diakhir pengajian pelajar akan menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang produksi audio yang membolehkan pelajar diterima didalam industri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)

Kemaskini: 28 Jun 2022, 1045