Fakulti Penulisan Kreatif & Filem bermatlamat memberikan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan kreatif dan filem yang merangkumi pembelajaran ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik yang lebih bersistematik pada peringkat pra siswazah iaitu pengajian Diploma dan ljazah Sarjana Muda. Selain itu, fakulti ini juga menawarkan pengajian yang menyeluruh dari segi teori dan praktikal dalam pelbagai kemahiran seperti pengarahan, sinematografi, penyuntingan, penataan bunyi, rekaan produksi dan pengurusan produksi bagi melahirkan ilmuan dan karyawan yang berkaliber dengan menguasai pengetahuan yang mendalam dalam pelbagai bidang penerbitan filem dan Televisyen serta penyelidikan ilmiah. Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian – tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya penulisan kreatif, filem dan televisyen beridentitikan jati diri budaya tempatan. Melalui kurikulum yang terancang, para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan kreatif dan filem oleh para pensyarah yang mahir, berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

TUMPUAN DISIPLIN PENGAJIAN FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM :

  • Penulisan dramatik (drama pentas, drama televisyen dan filem cereka)
  • Penulisan kreatif (cerpen dan novel)
  • Penulisan non kreatif
  • Pengarahan
  • Sinematografi
  • Penyuntingan
  • Penataan Bunyi
  • Rekaan Produksi

ORIENTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah /karya)
  • Ilmu-ilmu teori dan falsafah
  • Sejarah psikologi
  • Sosiologi
  • Apresiasi dan kritikan dalam penulisan.

DIPLOMA PENULISAN KREATIF – MQA/FA 0165

Program Diploma Penulisan Kreatif diwujudkan dengan matlamat memberikan pendedahan dan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik lebih bersistematik. Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam displin penulisan oleh para pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpegalaman dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Tumpuan atau kursus teras pada peringkat Diploma, menjurus kepada penulisan dramatik (drama pentas, drama televisyen dan lakon layar), di samping kursus-kursus penulisan cereka, biografi, penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan pembelanjaran memberat kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di samping mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat Diploma, disusun sedemikian rupa bagi disesuaikan dengan keperluan dan permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem).

  • Menawarkan kursus-kursus penulisan kreatif pelbagai genre termasuk juga penulisan untuk filem/televisyen dan penulisan bukan-kreatif selain harus melengkapi semua kursus wajib
  • Pelajar pada tahap pengajian ini juga perlu mengambil kursus-kursus Teras Akademik dan sejumlah unit kredit kursus-kursus elektif dari fakulti lain.

DIPLOMA FILEM DAN VIDEO – MQA/FA 0166

Program Diploma Filem dan Video bertujuan melahirkan modal insan yang berilmu dan profesional dengan menguasai pelbagai bidang penerbitan dan penyelidikan filem. Bentuk kurikulumnya telah dirangka dengan menitikberatkan teori dengan jumlah jam praktikalnya yang tinggi. Program Diploma Filem & Televisyen memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu dan kemahiran yang luas melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajarannya yang berbentuk kelas teori, bengkel, tugasan di makmal dan studio, kajian lapangan, produksi, tayangan filem, diskusi keilmuan bersama-sama tokoh-tokoh akademik serta karyawan undangan dari industri dalam dan luar negara. Warga industri Filem dari dalam dan luar negara dilibatkan secara langsung bersama-sama pelajar sebagai panel penilai karya pelajar, memimpin kursus-kursus berbentuk bengkel produksi dan pensyarah jemputan. Pandangan dan penilaian dari pihak industri menjadi panduan kepada pelajar untuk meningkatkan kualiti dalam berkarya dan pihak fakulti dapat memperbaiki sistem kurikulum dan kaedah pengajaran dari masa ke semasa.

Di samping juga, para pensyarah di fakulti ini terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran serta pengalamannya dalam bidang akademik dan penggiat industri filem terkenal tanah air. Pendedahan luas melalui sistem pengajaran dan pembelajaran seimbang antara ilmu teori dan praktis; peralatan pembelajaran setanding dengan industri serta bimbingan daripada tenaga pensyarah yang berpengalaman telah melengkapkan graduan yang memenuhi kehendak industri serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan industri perfileman tanah air. Program ini memberi peluang kemahiran yang luas kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti peluasan berbentuk bengkel, produksi filem, tayangan dan apresiasi filem, diskusi keilmuan dengan tokoh-tokoh akademik dan penggiat industri. Pembelajaran berbentuk praktikal dan ‘hands-on’ mampu menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam pasaran. Fakulti Penulisan Kreatif & Filem juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur peralatan pembelajarannya setanding dengan penggunaan dan keperluan industri semasa.

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN KREATIF) – MQA/FA 0142

Bagi peringkat Sarjana Muda, para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan kreatif oleh para pensyarah yang benar-benar berpengetahuan dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Tumpuan atau kursus peringkat ljazah Sarjana Muda, lebih tertumpu kepada penulisan dramatik (drama pentas, televisyen dan lakon layar). Selain itu, kursus-kursus penulisan cereka dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan pembelajaran memberat kepada kerja-kerja praktikal lanjutan (penghasilan karya/naskhah) di samping mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, falsafah, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus disusun sedemikian rupa bagi dusesuaikan dengan keperluandan permintaan industri kandungan bagi seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem).

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN FILEM DAN TELEVISYEN) – MQA/FA 0143

Program ini menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan penulisan skrip untuk seni layar iaitu medium layar kaca {televisyen) dan layar lebar (filem). Beberapa bentuk penulisan yang sesuai dengan program-program televisyen dan lakon layar untuk filem cereka didedahkan bagi emmberikan kefahaman, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar untuk menghasilkan karya. Kursus-kursus penulisan skrip dokumentari dan iklan turut ditawarkan untuk melengkapkan pengisian modul dan keperluan industri kandungan tanah air. Pelajar yang menamatkan pengajian modul ini dengan lengkap dan sempurna akan menerima ljazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem & Televisyen)

IJAZAH SARJANA MUDA FILEM & TELEVISYEN DENGAN KEPUJIAN – MQA/FA 5165

Melahirkan ilmuan dan karyawan yang terlatih, berilmu dan profesional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dalam pelbagai penerbitan filem dan televisyen serta penyelidikan ilmiah. Fakulti ini menawarkan pengajian yang menyeluruh dalam pelbagai bidang kemahiran dan pengkhususan seperti pengarahan, sinematografi, penyuntingan dan bunyi, rekaan produksi dan animasi. Kursus-kursus teras fakulti seperti teori, sejarah dan pengurusan produksi memperkukuh dan melengkapkan kurikulum pengajaran serta pembelajaran agar seimbang di antara ilmu teori dan praktis. Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian­ kesenian tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya kreatif filem dan televisyen beridentitikan semangat dan jati diri budaya tempatan. Para pelajar diberi peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran yang luas melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajarannya berbentuk kelas teori, bengkel, tugasan di makmal dan studio, kajian lapangan, produksi, tayangan, filem, diskusi keilmuan bersama tokoh-tokoh akademik serta karyawan undangan dari industri dalam dan luar negara. Aktiviti-aktiviti peluasan khas fakulti seperti projek penerbitan dokumentari, cereka, animasi, di samping seminar dan bicara filem melengkapkan pelajar dengan ilmu praktis agar mereka bersedia mencurah kemahiran di industri setelah menamatkan pengajian.

Fakulti Penulisan Kreatif & Filem juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur peralatan pembelajarannya setanding dengan penggunaan dan keperluan industri semasa. Para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan peralatan produksi menggunakan format digital, High Definition (HD), dan serta peralatan pasca produksi seperti studio penyuntingan visual non-linear, studio rakaman dan penataan bunyi, studio animasi dan sebagainya. Barisan tenaga pensyarahnya pula terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran serta pengalamannya dalam bidang akademik dan penggiat industri filem terkenal tanah air. Pendedahan luas melalui sistem pengajaran dan pembelajaran seimbang antara ilmu teori dan praktis, peralatan pembelajaran setanding dengan industri serta bimbingan daripada tenaga pensyarah berpengalaman telah melengkapkan graduan yang memenuhi kehendak industri serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan industri perfileman tanah air.

BIDANG KERJAYA GRADUAN FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM

  • Penulis (novel/cerpen/puisi lakon layer drama tv/filem cereka, skrip video
    dokumentari, video korporat/drama radio/pentas: rencana/esei/kritikan)
  • Penulis lirik
  • Wartawan Editor
  • Pembimbing/ penceramah/guru
  • Penerbit buku/majalah
  • Penulis iklan
  • Pensyarah di IPT
  • Pegawai Kebudayaan
  • Penerbit Filem
  • Pengarah Filem
  • Pengarah Dokumentari
  • Pengarah Fotografi/Jurukamera
  • Pereka Cahaya/ Lighting Designer Key Grip
  • Gaffer
  • Pereka Produksi
  • Pengarah Seni
  • Penyunting Filem
  • Pereka Kostum
  • Pereka Set
  • Penerbit Rancangan Televisyen
  • Pengarah TV
  • Content Creator
  • Youtuber
  • Audio Engineer
  • Pereka Bunyi
  • Jurufoto
  • Project Coordinator
  • Location Scouting Manager
  • Production Manager
  • Multimedia Creative Director
  • Digital Content Creator

Pelaksanaan aktiviti/program adalah secara berkala bagi menyokong dan melengkapkan setiap kursus yang ditawarkan bagi setiap pengajian di Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF). Penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti/program adalah diwajibkan bagi mendedahkan para pelajar kepada pembelajaran secara praktikal. Antara aktiviti/program tahunan fakulti adalah Wacana Sastera, Malam Puisi Warisan, Diskusi Buku dan Bengkel Filem dan Televisyen. Melalui penganjuran aktiviti/program di fakulti, pelajar boleh mengaplikasikan pembelajaran sepanjang semester sewaktu penganjuran aktiviti/program.

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)

Kemaskini: 5 September 2023, 1530