Syarat-syarat Kelayakan Masuk
Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian
Syarat Am Kemasukan
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU
- Lulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana UA / IPTS dengan mendapatkan PNGK 2.00; ATAU
- Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; ATAU
- Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut;
• Kepujian Bahasa Melayu 1104;
• PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
• PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
• Kompeten semua modul vokasional; dan
• Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)
(Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); ATAU - Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf ATAU;
- Melalui Kemasukan APEL; dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), DAN
- Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; DAN
- Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.
___________________________________________________________________________
Syarat Khas Kemasukan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian
(kemasukan calon STPM)
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am DAN Lulus Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
(kemasukan calon STAM)
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid, DAN lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
__________________________________________________________________________
PROGRAM:
- IJAZAH SARJANA MUDA ANIMASI DENGAN KEPUJIAN
- IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERMAINAN DIGITAL DENGAN KEPUJIAN
(kemasukan calon Diploma/Setaraf)
Diploma Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau setara dengan PNGK minimum 2.50;
(Calon dengan PNGK di antara 2.00 dan 2.50 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman)
__________________________________________________________________________
Catatan
- Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
- Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
- Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
- Calon-calon Fakulti Filem & Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (Storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan
- Calon-calon Fakulti Animasi & Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa portfolio
- Calon-calon Fakulti Pengurusan Seni & Budaya diminta membawa resume dalam bentuk soft copy (berformat Power Point) dan hard copy
- Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa karya lukisan (sekiranya ada)
Senarai Fakulti yang Menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda:
- Fakulti Muzik
- Fakulti Tari
- Fakulti Teater
- Fakulti Penulisan Kreatif
- Fakulti Filem & Televisyen
- Fakulti Pengurusan Seni & Budaya
- Fakulti Animasi & Multimedia
- Fakulti Rekaan Komunikasi Visual
Panduan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2023/2024
Peraturan Kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)
Kalendar Akademik Sesi 2023/2024
Sesi akademik lalu: