TEATER KLASIK MUSUH BERTUJUH
8 – 10 Disember 2017, – Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ASWARA, telah mementaskan teater klasik yang bertajuk Musuh Bertujuh. Teater klasik ini adalah arahan dan olahan Pensyarah Fakulti Teater, Encik Ahmad Yatim. Pementasan ini adalah olahan dan terjemahan beliau dari karya asal Seven Against Thebes karya Aeschylus dan Antigone karya Sophocles. Produksi ini turut menampilkan Ayie Ilham Ijazah Teater Pelajar Tahun 2 (penyanyi utama kumpulan floor 88) dan pelajar Diploma Tahun Akhir, Zera Hariz yang mula dikenali menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.
#sayangmalaysia
#sayangaswara