TEATER BANGSAWAN SRIKANDI MELAKA ‘TUN FATIMAH’
12 & 13 Disember, 2017- ASWARA mempersembahkan teater Bangsawan Srikandi Melaka, arahan bersama Shariful Akma Abdullah, Norbaizura Abdul Ghani, Teuku Umar IIany Teuku Iskandar, Nor Azura Abu Bakar dan Zaim Zainal dengan bimbingan Seniman Negara Rahman B. Bangsawan Srikandi Melaka berkisar pembalasan dendam seorang anak bernama Tun Fatimah terhadap pengkhianatan yang dilakukan ke atas keluarganya.