TARIAN GELOMBANG BARU (28.4.2017)
Gelombang Baru merupakan produksi tahunan Fakulti Tari yang bermatlamat untuk mencapai identiti, meningkatkan, mendidik, dan memberi pendedahan kepada kumpulan koreografer muda yang berpotensi di Malaysia. ASWARA meletakkan komitmen yang tinggi untuk memperbaiki serta melestarikan tahap koreografer serta profesionalisme seni persembahan Negara ini. ASWARA menggalakkan koreografer-koreografer muda ini untuk mencipta sesuatu berdasarkan proses kreatif. Menerusi platform dan pendidikan formal kepada pelajar- pelajarnya.