PROGRAM CITRA SENI : FAKULTI PENULISAN KREATIF BERTAJUK “POK YA CONG CODEI (DAN CERITA-CERITA LAIN)”
6 Mac 2018 – Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA telah menganjurkan program Citra Seni dengan mengundang pelakon, pelawak, penulis skrip dan pengarah terkenal, iaitu Sabri Yunus. Pada program tersebut yang bertajuk Pok Ya Cong Codei (Dan Cerita-Cerita Lain), Sabri Yunus telah membicarakan telemovie beliau yang sedang mencipta fenomena di tanah air, Pok Ya Cong Codei di samping pengalaman terawal beliau dalam industri seni kreatif.