MALAM PUISI WARISAN
Pada 20 November 2017 lalu, Fakulti Penulisan Kreatif telah menganjurkan Malam Puisi Warisan ASWARA. Seramai 5 orang penyair dan deklamator telah mengambil bahagian, iaitu Ayusari MJ, Harlym Yeo, Wan Yusof, Ratna Laila Shahidin dan Hameer Habed. Acara turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi lagu tradisional, Ameera Nabila dan johan Anugerah Nasyid IKIM FM, Daqmie.
Siri Baca Puisi Bulanan ASWARA ini adalah satu usaha untuk mengetengahkan tradisi dan dinamisme baca puisi kepada khalayak, termasuk kepada para pelajar ASWARA sendiri. Antara objektif Malam Puisi Warisan ialah, memasyarakatkan puisi kepada khalayak umum di sekitar Lembah Kelang; mengangkat martabat puisi Melayu tradisional dan moden sebagai warisan bangsa yang tidak ternilai dan mengenengahkan penyair-penyair muda, termasuk daripada kalangan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan ASWARA ke gelanggang deklamasi puisi secara tetap.