MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) DEEPAVALI 2017
Pada 11 November 2017 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam bertempat di Ladang Infoternak, Sungai Siput (U), Perak, ASWARA telah menyertai Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2017. ASWARA telah membuka booth pameran dan membuat persembahan mini dan demonstrasi secara interaktif iaitu persembahan muzik dan demonstrasi yang mengenengahkan alat muzik pergendangan (percussion) dan juga
Permainan Animasi (PS4);Mini pertandingan Tarian untuk mempromosi ASWARA serta memberi input dan memberi galakan kepada belia dan orang ramai mengenali ASWARA dengan lebih dekat serta menjadi platform untuk memperkenalkan produk ASWARA kepada pengunjung.