MAJLIS PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) & SURAT HASRAT (LOI)
26 Oktober 2017, Khamis – Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) & Surat Hasrat (LoI) di antara Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan pihak Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG), Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan Airish London telah diadakan, yang disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan danKebudayaan Malaysia, YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayan Malaysia dan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berjalan dengan lancar. Semoga dengan kerjasama yang terjalin dapat memberi manfaat kepada semua pihak.