Pada 3 Mac 2018 telah berlangsung majlis makan malam dan persembahan wayang kulit yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Kyoto University of Arts And Design  (KUAD) bertempat di ruang pejalan kaki bersebelahan Dewan Orkestra. Persembahan ini mempamerkan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar delegasi KUAD sepanjang mengikuti Bengkel Kesenian Wayang yang dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) ASWARA .