LAWATAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA, BATU GAJAH PERAK KE ASWARA
36 orang pelajar diiringi oleh 8 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Batu Gajah, Perak telah membuat lawatan ilmiah ke ASWARA
pada 1 November 2017, Rabu. Antara aktiviti lawatan ilmiah ini ialah sesi lawatan ke Fakulti Animasi dan Multimedia di mana para pelajar diberi penerangan oleh pensyarah En. Muhammad Rasfan Abu Bakar mengenai fakulti tersebut. Para pelajar juga telah dibawa melawat ke Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) untuk mengenali dengan lebih dekat kesenian tradisional. Para pelajar diberi penerangan, demonstrasi dan diberi kesempatan untuk mencuba sendiri alat muzik wayang kulit Kelantan oleh pensyarah En. Kamarul Baisah Hussin dan alat muzik Cak Lempong oleh Adiguru, En. Rahbeni Mutaal. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi fotografi dan sesi penyampaian dan pertukaran cenderahati dan sijil oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Batu Gajah, Perak, dan wakil dari ASWARA, En. Azizi Hj. Ismail.