LAWATAN ILMIAH SEKOLAH KEBANGSAAN ( LKTP) BUKIT SAGU 1, KUANTAN KE ASWARA
35 Orang pelajar diiringi oleh 5 orang guru dari Sekolah Kebangsaan( LKTP) Bukit Sagu 1, Kuantan telah membuat lawatan ilmiah ke ASWARA pada 17 November 2017. Antara aktiviti lawatan, para pelajar dibawa melawat ke Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) untuk mengenali dengan lebih dekat kesenian tradisional. Para pelajar juga diberi penerangan, demonstrasi dan diberi kesempatan untuk memcuba sendiri alat muzik Cak Lempong oleh adiguru, En.Rahbeni Mutaal. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi fotografi dan sesi penyampaian dan pertukaran cenderahati.