MARIA TAK LUPA ASAL USUL
Ikut jejak bapa jadikan nyanyian sebagai kerjaya
(6 Januari 2019 @ Ahad, Metro Ahad)
Picture3.jpg
Biarpun bergelar artis rakaman, Maria Effendi tiada masalah untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi jalanan. Bagi penyanyi berusia 21 tahun itu, menghiburkan orang di tempat awam cara terbaik untuk mempromosikan dirinya. Apatah lagi dia baru saja mengeluarkan single, Haruskah Aku, November lalu ciptaan sendiri bersama anggota Chubby Busker, Kirin.
 
Menurut Maria, sudah dua tahun dia mencari rezeki sebagai penyanyi jalanan sebelum dilamar Jayy Production Empire untuk menjadi artis naungan syarikat berkenaan. Saya sedar bukan mudah bersaing dengan adanya ramai penyanyi baharu, tambahan pula saya tiada pengetahuan asas dalam muzik. “Memang tidak dinafikan ada banyak kelemahan vokal yang saya perlu perbaiki dan sentiasa minta nasihat daripada rakan yang menuntut muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 
 _________________________________________________________________________
CANTIK, POPULAR DAN BERBAKAT 
Amyra Rosli bukti kemampuan diri
(7 Januari 2019 @ Isnin, Sinar Harian)
Picture2.jpg
Amyra Rosli atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan pada 2011 menerusi drama Supermak. Merupakan lulusan Diploma Persembahan (Teater) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Nama Amyra mula dikenali apabila berpeluang menjayakan watak utama menerusi drama Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong.
 
Sehingga kini Amyra telah berlakon lebih 20 drama, 25 telefilem dan 1 filem, Kau Yang Satu. Pernah tampil dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk yang dipentaskan di Istana Budaya (2015). Selain aktif dalam lakonan, Amyra juga terlibat dalam bidang pengacaraan dan pernah mengacarakan program Bintang RTM, Muzik Muzik, Anugerah Drama Festival dan lain-lain.
 
Amyra pernah dinobatkan sebagai pelakon Baru Wanita Popular di Anugerah Telenovela 2016 menerusi drama Cik Bunga Encik Sombong dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi drama Nur.
 
 _________________________________________________________________________
BERTINDAK ATAU JANGAN
Gabungan naskhah klasik popular
(8 Januari 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture1.jpg
Bukan senang untuk menonton pementasan naskhah teater klasik yang kini sudah jarang mendapat ruang untuk dipentaskan kepada umum. Apatah lagi perkembangan aliran teater sekarang yang lebih terarah kepada teater gaya moden. Situasi itu membuatkan naskhah teater klasik kini hanya mendapat tempat dan dipentaskan di Institut  Pengajian Tinggi atau Institut Seni sahaja.
 
Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan antara institusi yang sentiasa mengetengahkan naskhah teater klasik ini dalam usaha memberi pendedahan dan menarik lebih ramai penonton untuk mendekati naskhah-naskhah klasik yang sangat hebat ini. Terbaru, sebuah pementasan teater klasik bertajuk Bertindak Atau Jangan, menjadi pembuka tirai pementasan teater di ASWARA untuk tahun 2019. 
 
Menariknya naskhah olahan pensyarah ASWARA, Ahmad Yatim dan arahan bersama Naque Ariffin ini menampilkan kompilasi beberapa naskhah klasik popular dari zaman Greek sehinggalah ke Shakespeare seperti Oedipus The King, Lysistrata, Hamlet, Macbeth, A Midsummer Night’s Dream dan lain-lain. Bertindak Atau Jangan yang berdurasi satu jam setengah ini berlangsung di Blackbox, ASWARA selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Januari 2019 lalu.
_________________________________________________________________________
PEMENTASAN TEATER KLASIK ASLI ASWARA
( 8 Januari 2019 @ Selasa, Utusan Malaysia)
Picture4.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), yang sebuah institusi yang tidak asing lagi di negara ini yang mengetengahkan pendidikana seni kreatif dalam kalangan generasi baharu dalam usaha memartabatkan kesenian dan warisan budaya. Baru-baru ini, pelajar tahun dua Ijazah Teater menghasilkan persembahan ‘Bertindak Atau Jangan’ yang diadakan pada 4-6 Januari 2019.
 
Menurut Pembantu Publisiti dan Pemasaran teater berkenaan, Afiqah Shamsi, pementasan itu terdiri daripada tiga sesi tayangan persembahan bagi tiga hari berturut-turut dalam memenuhi syarat subjek wajib institusi ini. Tambahnya lagi, setiap sesi pementasan yang memakan masa kira-kira satu jam 15 minit menggabungkan babak-babak yang berlainan bagi menarik perhatian penonton sekali gus membuatkan mereka berasa teruja untuk menghayati pementasan ini.
 
“Ia bukan seperti genre biasa yang memerlukan pergerakan pelakon semata-mata, sebaliknya ia memfokuskan kepada lontaran skrip seperti dialog dan monolog ketika persembahan di pentas,” kongsi Afiqah. Jesteru, bagi sesetengah pelajar tugas ini sedikit berat dan ada kalanya mereka perlu meletakkan usaha berlipat kali ganda dalam membawa watak tersebut yang menggunakan sepenuhnya ayat-ayat klasik dan asli.
 
 _________________________________________________________________________

20 GREAT SHOWS TO MARK TWO DECADES

Istana Budaya celebrates its 20th anniversary this year.
(11 Januari 2019 @ Jumaat, NewStraits Times)
Picture5.jpg
Borneo’s most popular songstress Dayang Nurfaizah marks her 20 years in music with her first solo concert at the national theatre on July 21. Dayang Nurfaizah Dua Dekad is one of Istana Budaya’s star attractions for this year. “It’s great to celebrate  20 years together. Not only am I marking two decades in music but Istana Budaya, my favorite concert venue, is also turning 20 this year,” said Dayang at the recent launch of Istana Budaya’s programmes for this year.
 
Besides Dayang, rock queen Ella will also take centre stage at the national theatre from March 29 to 31. Her showcase, Ella Unplugged In Kuala Lumpur, will be a nostalgic journey for die-hard fans, and will feature her major hits such as Pengemis Cinta, Rama-Rama, Standing In The Eyes Of The World, Simbiosis and Sepi Sekuntum Mawar Merah. Ella will collaborate with music graduates and students from the National Arts, Culture and Heritage Academy (ASWARA). The concert will be in aid of the Malaysian Autism Foundation. 
 
 _________________________________________________________________________
HARAPAN EMAS SITI NURHALIZA
(11 Januari 2019 @ Jumaat, Kosmo)
Picture7.jpgPicture8.jpg
“Kadang-kadang segan pula rasanya apabila stesen radio memainkan lagu-lagu saya setiap kali tibanya ulang tahun kelahiran, ” tutur Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila diminta berbicara perihal ulang tahun ke-40 kelahirannya yang jatuh pada hari ini. Secara peribadi, wanita yang memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun itu dilihat sangat bermakna pada banyak orang. Bukan sekadar lagu-lagunya yang memberi nilai sentimental, malah kehadiran Siti dalam seni Nusantara sejak sekian lama telah meninggalkan impak positif dalam kalangan khalayak.
 
Selain memberi fokus terhadap karier, Siti turut meluahkan hasrat untuk memperbanyakkan aktiviti melibatkan masyarakat. Cuma tegas Siti, melakukan kerja-kerja amal tidak bermakna beliau beringinan untuk terjun ke bidang politik. ” Benar, saya banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, lebih-lebih lagi apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar. Tetapi saya tidak berhasrat untuk menceburi bidang politik. 
 
 _________________________________________________________________________
 
MASA BUKTI KEMAMPUAN 
ASWARA nilai pencapaian pelajar menerusi 4 produksi pada 20 hingga 23 Januari ini
(17 Januari 2019 @ Khamis, Harian Metro)
Picture6.jpg
Lazimnya penilaian tahun akhir atau ringkasnya dikenali sebagai (PETA) adalah kursus wajib yang perlu dilalui semua pelajar bagi menilai kredibiliti mereka. Tidak terkecuali Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) juga turut mengambil langkah ini bagi menilai pelajarnya sepanjang tiga tahun belajar di situ. Berdasarkan pengkhususan Lakonan dan Pengarahan, pada semester satu sesi 2018/2019 ini, 11 pelajar akan dinilai iaitu dua untuk pengkhususan Pengarahan manakala sembilan lagi dalam pengkhususan Lakonan.
 
Kefahaman mereka dalam pembelajaran akan dinilai menerusi empat produksi yang akan dipentaskan di Panggung Eksperimen dan Black Box ASWARA bermula 20 hingga 23 Januari ini, jam 8.30 malam. Antara naskah yang akan dipentaskan adalah Mr Barber & Mr Pie, Hang Jebat Menderhaka,  Benua Igau dan The Lion and The Jewel. Penyelaras PETA Ijazah ialah Pensyarah Fakulti Teater ASWARA, Shariful Akma Abdullah manakala penyelia bagi empat produksi terdiri daripada pensyarah Fakulti Teater ASWARA.
 
” Kami sentiasa menyokong dan mahu melihat pelajar ini tampil dengan idea di luar kotak. “Inilah masanya untuk mereka membuktikan kemampuan serta kefahaman mereka terhadap proses pembelajaran di ASWARA. ” Kami turut menjemput penonton luar agar hadir menyaksikan persembahan yang ditampilkan. Tiket masuk terpulang kepada penonton untuk menyumbang, katanya.
 
 _________________________________________________________________________
PELAJAR TAHUN AKHIR ASWARA ANJUR LOHRI FIESTA BONFIRE CELEBRATION 2019
(17 Januari 2019 @ Khamis, Kampusols)
Picture11.jpg
Acara Lohri Fiesta – Bonfire Celebration 2019 yang diadakan pada 13 Januari lalu merupakan sebuah pesta perayaan masyarakat Punjabi, anjuran para pelaajr tahun akhir Ijazah Sarjana Muda pengurusan Seni dan Budaya dari Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya , Akademi Seni Budaya & Warisan (ASWARA).
 
Acara ini merupakan projek penilaian untuk para pelajar yang mengambil kursus Penilaian Tahun Akhir (PeTA) APS 6996 yang diadakan buat julung kalinya bersesuaian tarikh sebenar sambutan perayaan berkenaan.Perayaan Lohri ini merupakan satu-satunya perayaan kaum Punjabi di Malaysia yang menggunakan elemen unggun api sebagai elemen utama sambutan tersebut. Acara ini dapat dilihat sebagai platform terbaik bagi mempromosikan dan mengangkat perayaan ini sebagai sebahagian daripada produk pelancongan negara menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.
 
Selain itu, fiesta ini diharap memberikan pengetahuan dan pengalaman sekali gus dapat mendedahkan kebudayaan serta keunikannya kepada para pengunjung yang datang dari pelbagai kaum bagi memriahkan sambutan perayaan Lohri.
 
 _________________________________________________________________________
TERHUTANG BUDI PADA SHAHRULEZAD
(19 Januari 2019 @ Sabtu, Berita Harian)
Picture10.jpg
Berdarah kacukan Melayu Arab, bakat berasal dari Pasir Puteh, Kelatan, ini tidak pernah melihat dunia seni hanya medan bagi mengejar glamor ataupun mengecapi populariti. Sebaliknya, jika dilakukan dengan betul, ia mampu menjadi ruang buatnya mencari rezeki. ” Dua drama daripada produksi Global Station, Abam Bomba I Love You dan Papa Ricky, pada 2016, membakar semula semangat saya untuk kembali berlakon. Pada 2017 pula, saya diberi peranan watak pembantu dalam drama, Degup Cinta, juga arahan Shahrulezad. 
 
“Seterusnya, pengarah itu menghulurkan saya satu lagi peluang berlakon, tahun lalu. Kali ini menerusi drama Nur. ” Sebagai orang baharu, saya sangat bertuah apabila mendapat tunjuk ajar daripada penggiat seni sepertinya. Memandangkan pengalaman saya masih cetek, jadi agak kekok pada awalnya ketika menjalani penggambaran. Alhamdulillah, percubaan itu bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada ramai penonton. ” ujarnya.
 
“Saya serius mahu jadi pelakon. Cuma, mungkin rezeki dan tuah belum menyebelahi diri. Tahun lalu, saya mengikuti bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) selama seminggu, selain kelas lakonan kelolaan Zul Huzaimy. Tahun ini pula saya sertai bengkel anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), bagi mendalami ilmu lakonan dan vokal,” katanya.
 
 _________________________________________________________________________
PEMENTASAN PETA, ASWARA
Empat naskhah tampil tema berbeza
(22 Januari 2019 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture9.jpg
Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menampilkan pementasan empat naskhah teater sempena sesi Penilaian Tahun Akhir (PeTA 2018/2019). Sesi PeTA 2018/2019 ini melibatkan penilaian pelajar Ijazah Teater tahun tiga dalam pengkhususan lakonan dan pengarahan yang menyaksikan mereka tampil dalam naskhah yang telah dipilih bersama produksi masing-masing. 
 
Pementasan teater yang diadakan ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar berkarya dan juga mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari ke atas sesebuah pementasan. Antara naskhah tersebut ialah The Lion & The Jewel yang telah dipentaskan pada 20 Januari lalu, Benua Igau pada 21 Januari, manakala Jebat Menderhaka dan Mr. Barber & Mrs. Pie pula pada 22 dan 23 Januari ini.
 
Keempat-empat pementasan yang berlangsung di Blackbox dan Panggung Eksperimen, ASWARA ini bukan hanya untuk tontonan pelajar, tetapi juga terbuka kepada orang awam. Penyelaras untuk PeTA Ijazah diketuai Pensyarah Fakulti Teater ASWARA, Shariful Akma Abdullah. Manakala panel penilaian dalaman terdiri daripada pengarah terkenal, Cik Rosminah Mohd Tahir dan Dekan Fakulti Teater ASWARA, Azizul Zahid Jamal. Tidak ketinggalan pementasan ini juga dinilai oleh dua orang panel luar yang terlibat secara langsung dalam industri iaitu Fatimah Abu Bakar dan dan Zizan Nin.
_________________________________________________________________________
 
TEATER KOLAJ
CITRA WANITA
(31 Januari 2019 @ Khamis, Sinar Harian)
Picture12.jpg
Suatu perkembangan yang cukup menarik dan positif apabila semenjak akhir-akhir ini, terdapat beberapa pementasan yang kembali mengangkat naskhah-naskhah hebat karya seniman dan sasterawan negara sebagai tribute untuk dikongsi dengan generasi muda hari ini. Jika sebelum ini, pementasan Yeop menyaksikan gabungan karya Datuk Syed Alwi, Sirih Bertepuk Pinang Menari dari Karya Datuk Nordin Hassan, kini pementasan teater kolaj Citra Wanita pula bakal mengetengah karya-karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said.
 
Citra Wanita merupakan kolaj lima buah naskhah kajian karya asal A.Samad Said yang terdiri daripada adaptasi novel ke pentas iaitu Salina dan Sungai Mengalir Lesu, skrip teater Di Mana Bulan Selalu Retak dan Lantai T.Pinkie, selain satu adaptasi puisi yang bertajuk Janda Setinggan. Bagi tujuan pementasan, naskhah -naskhah ini disunting mengikut fasa sehingga terbentuk naskhah berdurasi satu jam tiga puluh minit dengan judul Citra Wanita.
 
Projek koloborasi dari produksi Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini adalah berdasarkan penyelidikan naskhah dan prinsip-prinsip pengarahan yang melibatkan satu pasukan tenaga kreatif yang diketuai oleh pengarah utama. Pensyarah ASWARA yang juga pengarah teater terkenal, Rosminah Tahir merupakan teraju utama yang akan membimbing sembilan pengarah muda merealisasikan karya ini. 
 
Mereka terdiri daripada Hafizee Hatta, Nurin Izzati Nazri, Shahida Muslim, Nurul Izzahtul Jannah, Mohd Akid Jibran, Vishantiny Jegathesan, Hanny Melissa Mustaffa, Jovian Wong dan Muhamad Alias Shah Amirudin. Pementasan teater kolaj Citra Wanita akan berlangsung di Panggung Eksperimen, ASWARA, pada 1 dan 2 Februari depan, jam 3.00 petang dan 8.30 malam. Tiket masuk adalah sumbangan.