Kejohanan Bowling Sukan Piala Rektor ASWARA (SUPRA) 2018 Kali Ke 8 telah diadakan pada Sabtu, 28 April 2018 di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh pelajar, pensyarah dan kakitangan ASWARA. Kekuatan program ini adalah dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan kakitangan ASWARA. Selain itu memberikan aktiviti dan sesi beriadah kepada pelajar disamping itu dapat mengurangkan tekanan belajar bagi pelajar.