Hari Kokurikulum ASWARA 2018 telah berlangsung pada Rabu, 16 Mei 2018 bertempat di Dewan Orkestra. Seramai 200 orang pelajar telah menjayakan persembahan Hari Kokurikulum ini. Acara Hari Kokurikulum ASWARA 2018 melibatkan kursus-kursus seperti Rekreasi, PISPA, Koir, Pengkomersilan Seni, Bicara Berirama, Taekwando, Khidmat Masyarakat, Silat Seni, Kepimpinan dan Sepak Takraw.