LAWATAN ILMU OLEH REKTOR ASWARA
17 Ogos, Khamis – YBhg. Dato’ Rektor telah mengadakan lawatan ilmu ke Kazakh National University Of Arts, Kazakhstan sempena Education Week, Astana Expo 2017 pada 13-17 Ogos 2017. Untuk makluman, majlis menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan universiti tersebut telah diadakan pada 17 Ogos 2017 bagi mewujudkan jalinan dan rangkaian akademik di antara ASWARA dengan Kazakh National University Of Arts, Kazakhstan.

Majlis ini disaksikan oleh TYT Tuan Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Duta Malaysia di Kazakhstan dan YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi.

YAB Perdana Menteri dan isteri telah datang ke universiti dan dijadikan benchmarking seperti perutusan khas YAB PM pada 25 Jun 2014.