PROGRAM MALAM PUISI WARISAN
23 Oktober 2017,Isnin –  Fakulti Penulisan Kreatif telah mengadakan program ‘Malam Puisi Warisan’ yang membawa tema ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Antara nama-nama besar dalam industri penulisan puisi yang membuat persembahan pada malam tersebut antaranya adalah Fazleena Hishamuddin, Syed Amran, Shafa’atussara Silahudin, Sarjan Mejar Yusuf Ramji, Za’im Yusoff dan Firdhaus Hassan serta persembahan dari para pelajar. Program ini dijalankan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pelancongan & Kebudayaan Peringkat Kementerian 2017 yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan & Kebudayaan pada 31 Oktober 2017 di Panggung Eksperimen, ASWARA.