PERSIDANGAN MBJ ASWARA
12 Oktober 2017, Khamis – Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat ASWARA 2017 telah berlangsung pada 12 Oktober 2017 (Khamis) bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA. Ini adalah persidangan  yang julung kali  dianjurkan dan ASWARA merupakan agensi pertama di bawah MOTAC menganjurkan acara seumpama ini.Persidangan ini telah dirasmikan oleh Rektor ASWARA,  YBhg. Dato’ Ir. Dr. Haji Mohd Rizon Juhari dan dihadiri oleh warga kerja ASWARA dan beberapa orang wakil dari agensi di bawah MOTAC.

Persidangan ini diisi dengan ceramah dan forum yang membincangkan peranan dan fungsi MBJ sebagai medium komunikasi dua hala yang lebih efisien di antara pihak pekerja dan pihak pengurusan.

Ceramah bertajuk Peranan & Fungsi MBJ di sampaikan oleh Encik Shankaran Ramasomdram, Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Manakala sesi forum yang dikendalikan oleh Pengerusi MBJ ASWARA (pihak pekerja) Mohd. Kamarulzaman Taib. Ahli-ahli panel adalah terdiri daripada pengerusi MBJ (Pihak Pekerja) iaitu Encik Badrulzaman (Istana Budaya), Encik Suhaimi Mohd Seth (Jabatan Warisan Negara) dan Encik Muhammad Khairul Azhar Jamil (juga merupakan Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM). Tajuk yang dibincangkan ialah MBJ dan Pendekatan Pemimpin.