MAJLIS PEMETERAIAN SURAT HASRAT (LoI) ANTARA ASWARA DENGAN UNIVERSITY FOR THE CREATIVE ARTS (UCA), UNITED
KINGDOM
2 November 2017, Khamis – Satu majlis pemeteraian Surat Hasrat (LoI) telah diadakan antara ASWARA dengan University For The Creative Arts (UCA), United Kingdom. Majlis Pemeteraian Surat Hasrat (LoI) yang ditandatangani oleh Professor Bashir Makhoul, Naib Canselor UCA dan YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari, Rektor ASWARA, bertujuan untuk membangunkan kerjasama dan menggalakkan persefahaman dan juga kecemerlangan bersama dalam pendidikan berasaskan latihan, penyelidikan dan pertukaran pengetahuan antara ASWARA dan University For The Creative Arts (UCA). Professor Bashir Makhoul turut menyampaikan kuliah khas bertajuk “Research Planning and Types of Knowledge: An Introduction” untuk para pensyarah ASWARA di Dewan Kuliah Utama dan juga dibawa melawat ke Fakulti Animasi dan Multimedia Galeri ASWARA dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).