LAWATAN ILMIAH SEKOLAH SENI JOHOR KE ASWARA
Pada 13 Oktober 2017, Jumaat-Satu lawatan ilmiah dari Sekolah Seni Johor ke ASWARA telah diadakan. Tujuan lawatan ini, adalah sebagai persediaan bagi mendapatkan maklumat untuk membantu proses membuat folio kajian murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara aktiviti lawatan ilmiah ini ialah sesi temuramah bersama adiguru dan pensyarah fakulti, lawatan ke perpustakaan ASWARA bagi mendapatkan bahan
maklumat serta sesi lawatan dan demonstrasi di Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA). Seramai, 13 pelajar, seorang guru pengiring yang terlibat dalam lawatan ilmiah tersebut.