STATUS BUKAN PENGHALANG KERJAYA SENI
Amyra Rosli
(4 Februari 2019 @ Isnin, Sinar Harian)
Picture2.jpg
Amyra Rosli atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli mula bergiat aktif dalam bidang seni pada tahun 2011 menerusi drama Supermak, yang turut dibintangi Nasha Aziz dan Azhan Rani. Merupakan pemegang Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). 
 
Pertama kali memegang watak utama menerusi drama Suamiku Encik Sotong (2014). Diikuti drama Tersuka Tanpa Sengaja (2015),Cik Bunga Encik Sombong (2015), Seindah Takdir (2016), Isteri Tuan Ehsan (2016), Nur (2018), Kan Kukejar Cintamu (2018) dan lain-lain. Sehingga kini Amyra telah berlakon lebih daripada 50 buah drama dan telefilem. Satu-satunya filem yang dibintangi Amyra ialah Kau Yang Satu (2017) yang diarahkan Osman Ali.
 
Selain aktif berlakon drama, Amyra juga terlibat dalam lakonan pentas menerusi teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijack yang dipentaskan di Istana Budaya pada 2015. Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, Amyra pernah dinobatkan sebagai Pelakon Drama Wanita Pilihan (Kristal Maya) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015, Pelakon Baru Wanita Popular (Cik Bunga Encik Sombong) di Anugerah Telenovela 2016 dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Nur) di Anugerah Skrin 2018.
_________________________________________________________________________
 
PELAJAR ASWARA KREATIF UBAH SUAI PAKAIAN TERPAKAI
(4 Februari 2019 @ Isnin, Kosmo)
Picture11.jpg
‘Hulu malang pangkal celaka’. Perumpaan yang bermaksud permulaan segala bencana itu boleh dikaitkan dengan bumi serta seluruh alam flora dan fauna ini. Segala jenis kehidupan di muka bumi adalah pinjaman kepada masyarakat yang hidup pada masa kini dan akan diwariskan kepada anak cucu. Apabila membiarkan nafsu menguasai diri dan wang ringgit menjadi raja, maka masyarakat kurang ambil peduli tentang penjagaan alam sekitar.
 
Susulan daripada itu, pelajar tahun tiga Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menganjurkan program Penciptaan Kitar Semula- Baik Pulih Fabrik Sintetik. Program yang mengambil masa lima hari itu telah diadakan di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur. Pengurus Promosi dan Publisiti Projek, Hilda Abdul Halim berkata, program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan alam sekitar selain menghasilkan produk berdasarkan kreativiti dan inovasi. “Program ini terdapat tiga bahagian iaitu bengkel do it yourself yang merangkumi elemen membawa, mengubah dan menyelamat. “Dua bahagian lain ialah pameran penjagaan alam sekitar dan fabrik sintetik serta peragaan inovasi.
 
Sementara itu, Rektor ASWARA, Profesor Ir. Mohd. Rizon Juhari berkata hasil yang ditunjukkan oleh para pelajar ASWARA melalui program itu adalah amat luar biasa. “Kejayaan mengadakan program sebegini harus menerima pujian kerana ia merupakan idea yang boleh diangkat ke peringkat antarabangsa. Lebih membanggakan, Mohd Rizon sangat teruja dengan inovasi yang ditunjukkan oleh pelajar menggabungkan antara alam sekitar dan kemahiran seni.  bruari 2019 @ Isnin, Kosmo)
_________________________________________________________________________
 
KEJAR IMPIAN DENGAN ILMU
Dunia Seni & Sastera dari kaca mata Taiyuddin Bakar
(9 Februari 2019 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picture3.jpg
Penglibatan lelaki ini di dalam industri seni beberapa tahun lalu, pernah mencetuskan fenomena tersendiri ekoran tagline ‘ Ape Celop Toq’ yang menjadi sebutan ramai. Namun tidak lama selepas itu, dia memilih untuk memperlahankan karier seni dan beralih untuk mendalami agama dan menyertai aktiviti dakwah. Bagaimanapun dalam masa yang sama Taiyuddin Bakar, 36, atau mesra disapa dengan panggilan Tai, tidak pernah sekalipun melupakan bidang seni biarpun telah berjaya mengapai impian sebagai pengarah.
 
Atas nasihat itu mendorong adik ipar kepada Dr Norzizi Zulkifli ini mendaftarkan diri di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2002 dalam jurusan teater. Tambahnya, ketika berada di ASWARA, sedikit demi sedikit dia berusaha mengapai cita-citanya sebagai pengarah dan minat itu masih tidak pernah padam sehingga ke hari ini. ” Ketika belajar di ASWARA, sempat jugalah saya mengarahkan beberapa teater. 
 
“Alhamdulillah, sekarang pun saya baharu sahaja selesai mengarahkan enam buah video klip untuk album terbaharu kumpulan XPDC yang berjudul Doa.”Walaupun hanya melibatkan diri dalam pengarahan naskhah berskala kecil, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat dan saya anggap semua itu sebagai sesi pembelajaran,” ujarnya. Ditanya mengapa dunia sastera, seni dan budaya yang menjadi minatnya, Tai berkata dia melihat dunia seni dan sastera ini saling berkait rapat antara satu sama lain.
_________________________________________________________________________
 
TOK DALANG CILIK HEBAT ATAS PENTAS
Pyu berusia 5 tahun petah sampaikan cerita
(9 Februari 2019 @ Sabtu, Berita Harian)
Picture14.jpg
Baru berusia lima tahun tetapi sudah mampu menjadi Tok Dalang, Aqfierudzar Rizq Mohd Sulhie sememangnya kanak-kanak yang luar biasa. Aqfierudzar Rizq atau lebih dikenali sebagai Pyu, petah menyampaikan cerita menggunakan dialek Kelantan sambil menggerakkan patung wayang kulit di balik layar putih ketika membuat persembahan di Taman Botani di sini. Malah kehebatan dan ketangkasan Pyu itu turut menarik perhatian isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang turut menonton Tok Dalang cilik itu beraksi di balik layar putih.
 
Minat Pyu terhadap wayang kulit semakin mendalam dan Pyu semakin mendalam dan Pyu semakin serius dalam seni wayang kulit. Ketika diberi peluang oleh bapanya cuba membuat persembahan Pyu membuktikan mampu meniru dan menjadi Tok Dalang itu. Ditanya mengenai harapan dan perancangan masa hadapan untuk Pyu, Mohd Sulhie berkata, beliau mahu Pyu belajar lebih mendalam seni wayang kulit serta berguru dengan pakar dalam bidang itu untuk menggilap bakat luar biasa anaknya. ” Sekarang ini, saya menghantar Pyu belajar di bawah pakar wayang kulit, Pak Nasir daripada ASWARA bermula tahun ini,” katanya.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  

 _________________________________________________________________________
 
ASWARA UMUM AHLI LEMBAGA PENGARAH 
(14 Februari 2019 @ Khamis, Sinar Harian)
Picture4.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengumunkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah baharu berkuatkuasa 1 Februari lalu. Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan MOTAC), Seraya Arbi sebagai wakil kerajaan, Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan pemimpin masyarakat Sabah, Bustan @ Industan Lumantang. Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi, semalam.
 
Pada sesi tersebut, turut diadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 2019 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sini. Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, ASWARA diharap menjadi sebuah pusat pengajian kesenian, budaya dan warisan terulung yang menjadi rujukan kepada universiti di dalam dan juga luar negara.
 
Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian turut dimaklumkan, kerajaan telah bersetuju meluluskan projek pembinaan bangunan tambahan enam tingkat untuk asrama pelajar bernilai RM14 juta. Menurutnya ASWARA telah berjaya memperoleh Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan bagi kesemua 28 program akademik di peringkat asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah bagi melayakkan graduan ASWARA bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.
 _________________________________________________________________________
 
ASWARA SEMAI KEPENTINGAN ‘UPCYCLING’ FABRIK SINTETIK
(18 Februari 2019 @ Isnin, kampusuols)
 
Picture10.jpg
Kesedaran terhadap pengetahuan tentang kepentingan ‘upcycling’ fabrik sintetik di kalangan masyarakat umumnya perlu dipupuk sejak awal lagi bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah. Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Datuk Ir Ts Dr Mohd Rizon Juhari berkata, acara yang dianjurkan pelajar-pelajar Tahun Akhir, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya ini diadakan bagi menyebarkan pengetahuan tentang kepentingan upcycling fabrik sintetik dan membentuk pemikiran kreatif dan inovatif ke arah penghasilan rekaan baru. Katanya, projek Upcycle Creations 2019 ini juga dapat menyemai kepentingan dan faedah menggunakan semula fabrik sintetik kepada masyarakat.
 
“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya diatas keupayaan melaksanakan program ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Tekstil Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Alam Flora, Kloth Cares Malaysia, BMI Selangor, Allianz bersama barisan para penaja atas sokongan & kerjasama yang dikolaborasikan dalam menjayakan acara ini yang dianjurkan pelajar-pelajar Tahun Akhir, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya (ASWARA).
 
“Acara ini diadakan bagi menyebarkan pengetahuan tentang kepentingan upcycling fabrik sintetik dan membentuk pemikiran kreatif dan inovatif ke arah penghasilan rekaan baru,”katanya. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A.Kasim, Timbalan Ketua Pengarah (Pemuziuman), Mohd Azmi Mohd Yusof, Pengarah Muzium Tekstil Negara, Hadijah Mohd Yunus dan Dekan Fakulti Pengurusan Seni & Budaya, Mejar (PA) Ts Zulkifli Ab Rashid.
 _________________________________________________________________________
 
MONODRAMA MENUNGGU LAMPU HIJAU
Shahrul Mizad tampil dengan 13 watak
(19 Februari 2019 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture5.jpg
Bukan mudah untuk mementaskan sebuah monodrama sekiranya tidak mempunyai naskhah yang bagus dan aktor yang hebat. Apatah lagi ia merupakan sebuah persembahan berbentuk drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Gandingan hebat penulis tersohor yang juga penerima Anugerah SEA Write Award 2008, Prof. Dr. Hatta Azad Khan dan Shahrul Mizad Ashaari menerusi naskhah Menunggu Lampu Hijau ternyata membuktikan kenyataan itu.
 
Naskhah yang buat pertama kalinya dipentaskan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2013 ini kembali dengan pementasan kali ketujuhnya di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 hingga 17 Februari lalu. Diterbitkan One Laybore Stage Production, ia mengisahkan tentang Ahmad Bukhari Yatim yang bercerita tentang tiga watak utama dalam kehidupan masing-masing. Ada yang terus menunggu, ada yang terus meredah lampu hijau dan ada pula lampu hijaunya sentiasa menyala.
 
Naskhah tulisan Dr. Hatta ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi jalan ceritanya, watak-watak dan segala satu yang ditampilkan termasuklah plot twist pada penghujung cerita yang benar-benar menarik perhatian penonton.  Apatah lagi ia dilaksanakan dengan cukup cemerlang oleh terajunya, Shahrul Mizad. Bayangkan bagaimana dia menjayakan 13 watak berbeza secara bersendirian di pentas selama lebih satu jam. Persembahan luar biasa yang mungkin tidak semua aktor mampu melakukannya.
_________________________________________________________________________
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN ASWARA 2017-2018
(21 Februari 2019 @ Khamis, Sinar Harian Online)
Picture12.jpg
Sepanjang tahun 2017 hingga 2018, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Ini termasuk berjaya memperoleh Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kesemua 28 program akademik – Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah bagi melayakkan graduan ASWARA bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.
 
ASWARA juga mencatatkan kemasukan tertinggi pada sesi 2017/2018 iaitu seramai 780 orang dan berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar bagi sesi 2018/2019 seramai 1,052 orang iaitu ke tahap yang tertinggi sejak penubuhan ASWARA pada 25 tahun yang lalu. Selain itu, ASWARA turut berjaya meluaskan pendidikan seni budaya buat pertama kali di luar Kuala Lumpur melalui penawaran program akademik di Kem Lumut, Perak. Program dengan kerjasama Kementerian Pertahanan itu menjana pendapatan sebanyak RM 617,396.00 daripada yuran pengajian anggota TLDM.
 
Prestasi kewangan ASWARA tahun 2017 turut menunjukkan pengukuhan melalui pengurangan defisit lebih RM 700,000 bersamaan 33 peratus iaitu penurunan berbanding tahun 2016 dan nisbah kecairan ASWARA berada pada tahap baik dengan nisbah 8:1 berbanding kadar minimum yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara hanya 2:1. ASWARA turut berjaya menerima Sijil Bersih Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 daripada Jabatan Audit Negara. Kutipan hasil ASWARA meningkat pada tahun 2017 sebanyak 28 peratus iaitu RM 2.1 juta berbanding tahun 2016. Malah ASWARA berjaya menyelesaikan isu tanah milik ASWARA dengan memperolehi geran tanah hakmilik di Seksyen 60 Bandar Kuala Lumpur setelah mendapat kelulusan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 12 Jun 2018.
 _________________________________________________________________________
ELLA PECAH REKOD SENDIRI
(26 Februari 2019 @ Selasa, Harian Metro)
Picture1.jpg
Penyanyi popular, Ella mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records apabila membuat persembahan diiringi 200 pemuzik pada majlis Kitalah Bintang yang berlangsung di The Love@MATIC, Jalan Ampang, di sini, semalam. Ella, 52 yang diiringi pemuzik terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut memecah rekodnya sendiri yang melakukan perkara sama dengan 100 pemuzik pada 2016.
 
“Semestinya saya bangga memecahkan rekod sendiri. Bagi saya, acara ini secara keseluruhan sangat bermakna buat semua yang terbabit. ” Ini adalah kerjasama yang sangat menarik apabila dapat jamming beramai-ramai. Ia bagus untuk memberi pendedahan buat saya dan semua pelajar yang terbabit.” katanya. Dalam pada itu, Ella juga mengakui masih ada rasa gementar menjelang konsert Ella Unplugged In KL di Istana Budaya pada 29, 30 dan 31 Mac ini.
 
” Saya masih ada stage fright setiap kali mengadakan konsert. Saya juga agak bimbang jika berdepan masalah kesihatan menjelang konsert itu nanti. “Setakat ini, sudah 55 peratus persiapan sudah dilakukan. Segala aspek kami buat dengan teliti termasuklah vokal, pementasan dan lain-lain.” katanya.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  

https://www.pressreader.com/malaysia/harian…/281698321034131

)

 _________________________________________________________________________
ELLA BAWA 200 PEMUZIK KE SIDANG AKHBAR
(27 Februari 2019 @ Rabu, Kosmo)
Picture7.jpg
Mengimbau kembali penganjuran sidang akhbar konsert Ella 2016 sekitar tiga tahun lalu, penyanyi rock legenda, Ella pernah mencipta rekod peribadi sehingga dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records. Pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, Kuala Lumpur tersebut, seramai 100 pemuzik mengambil bahagian bagi mengiringi persembahannya, sekali gus menjadikan Ella satu-satunya penyanyi tanah air diiringi pemuzik seramai itu pada sebuah majlis sidang akhbar.
 
Kembali mencipta sejarah di lokasi yang sama, Ella memecahkan rekod peribadinya apabila sidang akhbar kedua konsert Ella Unplugged In KL yang diadakan baru-baru ini disertai seramai 200 pemuzik tempatan. Menyifatkan projek khas tersebut sebagai sebuah inisiatif unik, Ella berkata penglibatan 200 pemuzik pada majlis berkenaan mampu membuka peluang besar buat pemuzik yang terlibat. 
 
“Kerjasama melibatkan pihak saya, Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini dilihat mampu membuka peluang yang sangat luas buat pemuzik terlibat. “Pemuzik-pemuzik ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pendidikan. Justeru, pendedahan sebegini dirasakan cukup berharga buat mereka,” katanya. Menurut Ella, matlamat utama acara berkenaan bukanlah semata-mata mahu memecahkan rekod sebelum ini, sebaliknya lebih ke arah mengetengahkan bakat-bakat muda dalam industri muzik tempatan.
_________________________________________________________________________
SHAHRUL MIZAD PILIH KUALITI NASKHAH
(28 Februari 2019 @ Khamis, Sinar Harian)
 
Picture6.jpg
Nama Shahrul Mizad bukanlah asing di pentas teater, malah kewibawaannya beraksi menerusi pelbagai watak sentiasa mendapat perhatian ramai. Pernah muncul menerusi puluhan pementasan teater seperti Lembu, Nyonya, Keris Sang Puteri, Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Razak, Split Gravy On Rice, Jangan Bunuh Sam dan lain-lain. Terbaharu, dia tampil menjayakan 13 watak menerusi monodrama Menunggu Lampu Hijau yang dipentaskan di Stor Teater awal Februari lalu dengan sebuah persembahan yang begitu memberikan impak.
 
“Bukan mudah untuk melakukan persembahan monodrama, namun alhamdulillah dengan latihan yang mencukupi dan sedikit pengalaman ia dapat dijayakan mengikut kehendak naskhah sebaiknya. “Saya tiada masalah sangat tentang permainan watak-watak, cuma sekarang ni stamina dah tak macam dulu dan kadang-kala jadi cabaran utama saya setiap kali beraksi,” katanya yang telah lebih sedekad berlakon pentas. 
 
Menurut Shahrul yang sebelum ini turut dikenali menerusi drama Sutun, dia kini tidak lagi berlakon teater sebagaimana sebelum ini kerana terikat dengan tugas sebagai pensyarah di Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). “Kalau ikutkan saya dah aktif sangat berlakon teater macam dulu kerana kini terikat dengan tugas hakiki sebagai pensyarah dan fokus untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelapis industri seni pada masa akan datang.
 _________________________________________________________________________
ELLA PECAH REKOD PERIBADI
Kongsi Pengalaman beraksi bersama 200 pemuzik muda
(28 Februari 2019 @ Khamis, Berita Harian)
 
Picture8.jpg
Ratu Rock Negara,Ella pernah melakar sejarah sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang media Konsert Ella 2016, sempena 30 tahun pembabitannya dalam industri muzik. Selepas tiga tahun, Ella mencipta satu lagi sejarah dengan mengundang 200 pemuzik untuk mengiringi persembahannya pada acara Ella-Kitalah Bintang di The Love @Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Persembahan sempena Konsert Ella Unplugged In KL itu kata Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin. 52, turut bertujuan meraikan pemuzik muda yang berbakat. “Saya tidak terlalu memikirkan untuk mencipta rekod baharu dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR), sebaliknya cuma mahu mengumpul pemuzik muda merasai pengalaman bermain muzik bersama artis berpengalaman. 
 
“Barisan pemuzik muda ini terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), selain turut membabitkan beberapa pelajar sekolah. “Ia bukan untuk saya semata-mata, sebaliknya ia secara tidak langsung memberikan mereka pendedahan yang dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. “Jika saya yang mempunyai pengalaman dalam bidang muzik tidak membantu mengetengahkan mereka, siapa lagi? Mereka mempunyai bakat yang besar malah akan menjadi pelapis industri muzik,” katanya.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut: