KONSERT MALAM KEMALA IRAMA

“Malam Kemala Irama” anjuran Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui slot Gema Seni Tradisional telah diadakan pada 19 September 2017 (Selasa) di Panggung Eksperimen (ET), ASWARA.

Noraniza Idris, Ratu Pop Etnik Malaysia bersama-sama dengan para graduan Fakulti Muzik ASWARA yang merupakan Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan dari tahun 2006 – 2014, Eddie Nazrin Hamzah, Azizul Haqim, Hasraniza Dollah, Fitri Hiswady Hasan Nordin, Sabihah Abd Wahid dan Mira Rahim telah mempersembahkan lenggok dan teknik nyanyi lagu melayu Asli.

Kumpulan muzik yang mengiringi persembahan terdiri daripada graduan dan pelajar Fakulti Muzik ASWARA, pelajar Fakulti Tari dan pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, ASWARA dibawah pimpinan Mohd Sukhairi Abd Samat.