Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



1. APAKAH SYARAT-SYARAT KELULUSAN YANG PERLU UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE ASWARA?

Syarat-syarat kelulusan yang perlu untuk kemasukan ke ASWARA adalah seperti berikut :-

PROGRAM PENGAJIAN BERTAHAP DIPLOMA
SYARAT KELAYAKAN MASUK:

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran lain;

ATAU

ii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal;
dan lulus mata pelajaran Ekonomi,

Dan

iii. Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan

Dan

iv. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon

Dan

v. Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA

PROGRAM PENGAJIAN BERTAHAP IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)
SYARAT KELAYAKAN MASUK:

i. Diploma ASWARA atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau setaraf dan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM atau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal

ATAU

ii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun bagi Pembantu Muzium, Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Arkib, Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan;

Dan

iii. Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan

Dan

iv. Lulus Temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA

2. APAKAH KEMUDAHAN DAN PRASARANA YANG DISEDIKANAN OLEH ASWARA?

i. Kemudahan Pembelajaran :

Kemudahan pembelajaran yang di miliki ASWARA adalah seperti studio rakaman audio yang canggih dengan kemudahan system rakaman digital multi-track, sebuah panggung eksperimen , Dewan Orkestra, Black Box, studio teater, studio drafting, studio gamelan dan cak lempong, bilik-bilik kuliah, studio muzik, makmal computer, makmal computer CAD, makmal computer multimedia dan perpustakaan. Kemudahan segala peralatan turut dilengkapi dan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Kemudahan Penginapan :

ASWARA mempunyai 2 blok asrama yang boleh menempatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan ianya amatlah terhad dan tiadk dapat menampung kesemua pelajar untuk menghuni di asrama. Hanya pelajar tahun sati yang menetap di luar daerah Lembah Klang sahaja akan diberikan keutamaan.

3. ADAKAH ASWARA MENAWARKAN PENGAJIAN PADA PERINGKAT SIJIL?
ASWARA ada menawarkan pengajian diperingkat sijil pada bidang-bidang yang tertentu, meliputi praktikal dan “Hands On” selama 14 minggu pada hujung minggu iaitu hari sabtu dan ahad.

4. DIMANA BOLEH SAYA DAPATKAN PETA KE ASWARA?
Boleh didapati di website ASWARA

5. DIMANAKAH LOKASI AKADEMI SENI BUADAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN?
Lokasi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan terletak di Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur berhampiran dengan padang merbok.