Pembekalan Penerbitan Dalaman (SPP)

Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan adalah perkhidmatan di mana pengguna boleh membuat permintaan untuk meminjam buku atau menerima dokumen dari perpustakaan lain apabila bahan yang diperlukan tiada dalam koleksi atau tidak dijumpai di Perpustakaan ASWARA. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL) (buku) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (artikel jurnal, bab buku dan kertas kerja persidangan).

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  • Staf Akademik
  • Staf Bukan Akademik
  • Pelajar Diploma/ Ijazah Tahun Akhir
  • Pelajar Pasca Siswazah

Had dan Tempoh Pinjaman

  • Had 5 naskah / Setahun
  • Tempoh pinjaman adalah mengikut kelayakan pinjaman pengguna.

Caj dan Kadar Bayaran

  • Sebarang pembayaran tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh perpustakaan yang membekalkan bahan.
  • Pemohon perlu menjelaskan bayaran (caj bahan, caj perkhidmatan dan bayaran pos) pada masa bahan diambil.
  • Pelanggan perlu menjelaskan bayaran yang dikenakan oleh Perpustakaan Pembekal sekiranya bahan yang dipinjam hilang.