Latar Belakang
![]() |
PERPUSTAKAAN ASWARA AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006. Pada tahun tersebut ASWARA telah berpindah di kampus baru bertempat di Jalan Tun Ismail. Perpustakaan ASWARA ditempatkan di Blok B atau dikenali sebangai bangunan Rebana. Rekaan yang unik, bangunan perpustakaan ASWARA diilhamkan dari bentuk sebuah alat muzik tradisional iatu REBANA . Bangunan tiga tingkat dilengkapi dengan Ruang Pentadbiran di tingkat 3 dan ruang bacaan di tingkat 4 & 5. |