Keahlian

Bagaimana untuk mendaftar?

  • Setiap pelajar kampus sepenuh masa / separuh masa dan kakitangan tetap  ASWARA dikeluarkan kad pelajar atau staff ASWARA apabila mereka mendaftar atau melapor diri .Kod bar yang terdapat i belakang kad, digunakan untuk mengaktifkan rekod ahli.
  • Bagi kategori keahlian yang lain pendaftaran adalah seperti berikut :
    • Pengguna yang ingin mendaftar perlu membayar yuran tahunan. Pembayaran perlu dibuat secara TUNAI dikaunter atau melalui sistem E-Pay. (Caj bergantung kepada kategori ahli. Sila rujuk jadual kategori ahli dan kadar caj yang dikenakan).
    • Salinan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan (depan dan belakang), salinan pas pekerja/kad pekerja, surat sokongan daripada majikan.
    • 2 keping gambar bersaiz pasport.
    • Pemohon perlu mengisi borang dengan maklumat lengkap seperti nama, alamat terkini, emel dan nombor telefon.
  • Penggantian kad kehalian  akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00

Kategori Keahlian

Keahlian Biasa

  • Semua Pelajar ASWARA yang berdaftar
  • Staff Akademik ASWARA (termasuk kontrak dan sambilan)
  • Staff Bukan Akademik ASWARA (termasuk kontrak)

Keahlian Luar

Terdapat 2 kategori bagi keahlian luar:

  1. Ahli Rujukan :Individu yang layak untuk membuat rujukan sahaja.
  2. Ahli Layak Pinjaman : Indiviud yang diberi kelayakkan untuk membuat rujukan dan peminjaman bahan.

Keahlian ini terbuka kepada

  • Kakitangan kerajaan dan badan berkanun, pensyarah dari universiti tempatan, kakitangan dari sektor swasta dan badan profesional lain.
  • Pelajar dari institusi pengajian tinggi awam.
  • Pelajar dari institusi pengajian tinggi swasta.
  • Murid dari sekolah seni. (dengan surat pengesahan daripada pengetua sekolah)

Keahlian Kursus atau Program

  • Peserta atau Pelajar yang berdaftar kursus kerjasama ASWARA dan agensi
  • Pelajar sijil kemahiran ASWARA

Keahlian Ahli Keluarga Staff ASWARA

  • Pasangan atau Anak staff ASWARA
  • Staff ASWARA yang telah bersara:
    1. Staff akademik dan bukan akademik.
    2.  Staff yang bersara wajib

Note :

Hanya anak yang berumur 15 tahun ketasa dan tidak melebihi 25 tahun yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai ahli. Individu yang ingin mendaftar bawah kategori ini WAJIB mendapatkan pengesahan penjamin yang terdiri dari staff  yang masih berkhidmat atau telah bersara di ASWARA. Penjamin bertanggungjawab sepenuhnya dan bertanggungjawab untuk membayar semua yuran (lewat pulangan / buku hilang, dll) dan ganti rugi yang ditanggung oleh ahli.

 

Keahlian Alumni

  • Terbuka kepada semua Alumni ASWARA.
  • Pendaftaran boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi semasa waktu operasi perpustakaan.
  • Semasa pendaftaran, sila lampirkan dua foto saiz pasport dan satu salinan borang pendaftaran Alumni ASWARA

    . * Sebelum anda mendaftar sebagai Alumni Perpustakaa ASWARA, sila pastikan bahawa anda telah mendaftar sebagai Alumni ASWARA dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ASWARA.

 

Kadar Caj Yuran Keahlian