Care to dance?
The Sun : 28 November 2017, Selasa

STRUTTING in ballet pointe shoes at the age of four, Ng Xinying would go on to cross over a multitude of different dance styles and disciplines for the next two decades before her maiden, debut (arangetram) performance in 2013.

An important aspect in the classical Indian dance form of Bharatanatyam that marks the end of a student’s rigorous training, her solo two-hour performance was well over three years ago. “Right now, I’m a full-time lecturer in Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),” she explains.

Born in Johor, the 28-year-old caught the dancing fever at a young age. “My parents told me that I would never stop dancing if I heard music as a child. So they sent me to learn ballet,” she says.

Completing her diploma and degree programmes with ASWARA, she then set her sights on Korea National University of Arts’s Master of Fine Arts programme, and has not looked back since.

As a choreographer, performer and teacher, she has now taken on the role that was once held by her mentor proclaiming, “When I was young, I had to make sure that everything I learned stayed inside of me. Now, whatever I had learned, I intend on transferring to my students. I want to give back, especially here, in ASWARA (where I began)”.


Guna pakai terma yang terkandung dalam AUKU sebagai panduan
ASWARA JADI UNIVERSITI TAHUN 2018
Kosmo! : 28 November 2017, Selasa
KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, di sini akan dinaiktaraf sebagai Universiti P. Ramlee (UPR) pada penghujung tahun hadapan setanding dengan universiti awam terkemuka negara.
 
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selepas penjenamaan tersebut, UPR akan berdiri sendiri di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berdasarkan moden Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

ASWARA JADI UNIVERSITI P. RAMLEE TAHUN DEPAN
Utusan Malaysia : 28 November 2017, Selasa
KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bakal dinaik taraf serta dijenamakan sebagai Universiti P. Ramlee (UPR) bermula tahun hadapan.
 
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penstrukturan baharu itu bakal menjadi realiti selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berserta jemaah menteri sebulat suara menjenamakan akademi tersebut sebagai salah sebuah universiti awam.
 
Ini bermakna, selepas ini UPR akan berdiri sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sekali gus menggunakan pakai terma-terma yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2012.
 
” Apa yang lebih mengangumkan, penjenamaan itu bakal merubah konsep pembelajaran sebelumnya iaitu UPR akan memperkasakan konsep boutique university (universiti butik) serta pembelajaran sepanjang hayat yang menjurus kepada kemahiran bersifat teknikal dan insaniah.” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan majlis penutup Istiadat Konvokesyen ASWARA ke-13 di Panggung Eksperimen, ASWARA di sini hari ini.
 
Seramai 172 graduan daripada lapan fakulti antaranya muzik, teater, penulisan kreatif serta animasi menerima diploma serta ijazah sarjana muda masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut.

BERDIKARI URUS KARIER SENI
Harian Metro : 27 November 2017, Isnin

Tiada lagi gosip mahupun kontroversi dikait­kan dengan pelakon berbakat besar Nad Zainal sejak berumah tangga. Malah, Nad mengakui dia kini lebih matang dan fokus untuk mengatur karier seni selepas sedekad mencanai bakat lakonan.

Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, ini juga bersyukur kerana terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit drama hingga ke hari ini.

Beralih perancangan karier seni, kata pelakon yang tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2017 (drama Mengharap Sebuah Keredaan) ini mengakui mahu bergelar pengarah dan penerbit satu hari nanti. “Namun, saya belum puas berlakon kerana banyak lagi karakter berat belum saya buat. “Saya juga lebih memilih watak, skrip dan selesa bekerja dengan produksi yang sudah biasa bekerja.

“Saya juga tiada masalah bekerja dengan bakat baru seperti Fadlan Hazim, Redza Rosli dan Janna Nick. “Buat masa ini, saya juga ingin menimba ilmu dunia belakang tabir sebelum bergelar pengarah,” katanya.

Bekas penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini turut berjinak-jinak dalam dunia penulisan skrip. Antara lakonannya ialah Filem Juvana dan drama Dosa Perempuan.

 

PENYAMBUNG TRADISI
Mingguan Malaysia : 26 November 2017, Ahad

KEINDAHAN TARIAN SERUMPUN
Harian Metro : 22 November 2017, Rabu
Gemalai tari yang diatur dalam setiap gerakan mempunyai kisah tersendiri. Dalam lenggok yang berseni, ada cerita mendalam cuba disampaikan. Begitulah keindahan tarian tradisional ditampilkan dalam persembahan Koleksi Tari Serumpun yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Persembahan Koleksi Tari Serumpun ini menampilkan kumpulan kreatif Gabungan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pre-Zapin) yang diselaraskan oleh Nusantara Performing Arts Research Centre (NUSPARC).

LIMA PENYAIR MERIAHKAN MALAM PUISI ASWARA
Kosmo : 22 November 2017, Rabu
Lima deklamator terkenal mendeklamasikan puisi pada majlis Malam Warisan Puisi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini kelmarin.
 
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA, Siti Raihani Moahmed Saaid, antara objektif Malam Puisi Warisan adalah untuk memasyarakatkan puisi kepada khalayak umum di sekitar Lembah Klang selain mengangkat martabat puisi Melayu Tradisional dan moden sebagai warisan bangsa yang tidak ternilai.

KOLEKSI TARI SERUMPUN TERUS PELIHARA TRADISI
Sinar Harian : 21 November 2017, Selasa 
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) tampil membawa persembahan koleksi Tari Serumpun yang juga pengisian terakhir Siri Program Panggung Seni Tradisional 2017.
 
Persembahan yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman pada 18 hingga 19 November lalu menampilkan koleksi tarian tradisional pelbagai genre dan rentak, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga Indonesia. Setiap tarian yang dipersembahkan mempunyai keistimewaan tersendiri, bukan sahaja kepada gerak tari yang diatur tetapi juga mesej yang ingin disampaikan dalam setiap tarian yang diatur.
 
Antara yang terlibat dalam persembahan Koleksi Tari Serumpun ini terdiri daripada gabungan kumpulan daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Perguruan Sultan Idris, Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Triang (SMJKT) dan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor.
 
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  https://www.hmetro.com.my/rap/2017/11/286128/keindahan-tarian-serumpun )

KISAH DARIPADA SISI SUAMI
Harian Metro : 17 November 2017, Jumaat
Pada 1950, Tanah Melayu digemparkan dengan tragedi rusuhan di Singapura membabitkan gadis keturunan Eropah bersama Natrah. Puncanya, Natrah dipisahkan daripada suaminya, Mansor Adabi dan dimurtadkan sehingga mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu ketika itu.
….
Terbaru, teater Rusuh hasil tulisan aktivis teater terkenal A Wahab Hamzah bakal dipentaskan pada 26 hingga 26 November 2017 ini di Panggung Eksperimen Universiti Malaya, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Mereka adalah gabungan graduan teater dari Universiti Malaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta pelakon teater profesional.
 

LUAH EMOSI DALAM TARIAN
Harian Metro : 15 November 2017, Rabu
 
Tarian mampu menjadi salah satu cara mengekspresi diri. Tidak dengan kata-kata, penari mampu menterjemahkan perasaan, emosi dan pelbagai rasa menerusi tarian dipersembahkan. 
Ia menampilkan 16 penari termasuk koreografer, persembahan Co-alescence diketahui dua penari berbakat iaitu Nur Syafiqah Najwa Jefri dan Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah.
 
Nur Syafiqah yang pernah mewakili Malaysia ke World Championship of Performing Arts (WCOPA) berkata, ini usaha pertamanya bersama rakan untuk menjadikan tarian sebagai antara seni utama. Bagi Ahmad Zaidyansjah pula, dia mahu generasi muda yang menceburi bidang tarian lebih berdisplin dalam melakukan sesuatu.

IMPIAN BESAR KHAIRUL
Harian Metro : 15 November 2017, Rabu
 
Lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Khairul Daniel, 25, aktif mencipta lagu untuk penyanyi tempatan seperti Isma AF dan Arja Lee sehingga mereka turut memberi galakan kepadanya menjadi penyanyi.
 
Khairul berkata, ia juga boleh dijadikan batu loncatan untuk memperkenalkannya dalam industri muzik sekali gus boleh seiring kerjaya nyanyian dan komposer.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20171115/281956018073339 )


CO-ALESCENCE gabungan empat tarian

Kosmo! : 13 November 2017, Isnin
 
Variasi warna lampu sorot yang memancar menerangi segenap ruang pentas menampakkan para penari rancak mengatur langkah seolah-olah hanyut dibuai emosi. Persahabatan, percintaan, kebahagiaan, kejayaan dan pengorbanan sekumpulan anak muda diangkat menjadi tema penceritaan langkah yang ditari.
….
Persembahan yang berlangsung selama tiga hari di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat seni tari seluruh negara.
 
Ia menampilkan penari yang pernah memenangi pelbagi kejuaraan di Kuala Lumpur seperti Budak Joget, 2Twenty2 Squad, Walawei Crew, Kami Tari Family dan rakan-rakan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Pak Ngah Production (Swatari).

JARANG MUNCUL DI KACA TV : 
Juhara Ayob terikat tugas sebagai pensyarah
Sinar Harian : 12 November 2017, Ahad
 
Kemunculan Juhara Ayob dalam teater 3 Jari Daripada Tuhan di Panggung Eksperimen, ASWARA baru-baru ini menarik perhatian ramai. Manakan tidak, pelakon dan penggiat teater yang terkenal ini sudah lama tidak muncul di kaca TV mahupun pentas teater sehingga ramai yang menyangka dia tidak lagi aktif dalam bidang seni.
 
Hakikatnya, Juhara yang kini bertugas sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagai pensyarah di Fakulti Teater mengakui tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia lakonan.
 

ASWARA, YAYASAN BANK RAKYAT JALIN KERJASAMA
Utusan Malaysia : 9 November 2017, Khamis
 
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Bank Rakyat sebagai usaha meningkatkan sosioekonomi para pelajarnya khusus dalam bidang pembangunan modal insan.
 
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, Profesor Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, MoU tersebut merupakan pelan stategik pihaknya bagi membangunkan semua program pengajian yang ditawarkannya.
 
Yan turut hadir, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Saraya binti Arbi; Pendaftar ASWARA, Md Zusmaidi Abdul Aziz, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Raja Norsheela Raja Aziddin dan Pengurus B esar Yayasan Bank Rakyat, Noraishikin Shaharudin.

DIAM 7 TAHUN ALIF ‘BERISI’
Harian Metro : 8 November 2017, Rabu
 
Selepas tujuh tahun, barulah single kedua Alif Kadim berjudul Kasih Yang Teragung dilancarkan. Sebelum ini, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini pernah tampil dengan single pertama berjudul Bangun Semula.
Menyedari tempoh yang diambil untuk hadir dengan single kedua agak lama, Alif berkata, selepas tamat AF8 dia menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menyebabkan dia sibuk.

‘KE ARAH MEMPERKASAKAN BIDANG KESUSASTERAAN’ – Ridzuan Harun
Sinar Harian : 5 November 2017, Ahad
Biarpun melalui perkembangan pesat, penulis Ridzuan Harun menyifatkan bidang kesusasteraan masih belum mampu untuk menjadi satu industri. Ini kerana, jelasnya terdapat pelbagai gerak kerja yang perlu dilakukan untuk merealisasikan ke arah tersebut.
Apa-apa pun, kita perlukan sokongan semua pihak untuk menjadikan bidang ini sebagai satu industri, katanya.
Tambahan pula, katanya bidang kesusasteraan mutakhir ini menjanjikan harapan dengan kelahiran ramai penulis baru dengan karya yang sangat mengujakan.
Ini juga satu pentanda positif untuk sastera kita pada masa hadapan, katanya yang juga merupakan tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini.

WAYANG KULIT KANAK-KANAK
Harian Metro : 3 November 2017, Jumaat
 
Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) ASWARA baru-baru ini membawa persembahan wayang kulit Kelantan yang berlangsung di Blackbox, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 
Menariknya, kumpulan ini diterajui kanak-kanak sekali gus menjadikan persembahannya sangat berbeza dan mendapat tumpuan ramai peminat seni tradisional.

GAME FOR DIGITAL ART
New Straits Times : 1 November 2017, Rabu

The impact of networking and interactivity in the digital world has significant implications on the arts.

​ ​

It opens up possibilities for dissemination and public engagement through artwork.

​ ​

There are art forms that exist because of technology (digital arts practices and film, video in the media arts) and art forms that are enhanced by technology (new distribution means for music, e-books, live performing arts).

….​

In Malaysia, public and private universities are very competitive in producing more graduates with well-rounded skills to meet demand in the job market

​.​
​ ​

The National Academy of Arts Culture and Heritage (A

​SWARA

) has taken the initiative to produce quality animation and multimedia graduates who specialise in animation and games art by applying the value of heritage art and modern technology.

​ ​

Its Faculty of Animation and Multimedia offers three programmes (Bachelor of Digital Games Art, Bachelor of Animation and Diploma in Animation) carefully designed through collaboration with industry experts and associations, and researchers.(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : https://www.nst.com.my/education/2017/11/297710/game-digital-art)​


TEATER TRADISIONAL BERCIRI MODEN
Harian Metro : 1 November 2017, Rabu
Bukan perkara mustahil untuk teater tradisional mendapat sambutan penonton jika kena dengan cara yang digunakan. Jesteru, satu langkah bijak apabila Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) memodenkan situasi dan latar dalam pementasan teater Jikey (Naga Berapi) yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
….
Pengarah Jikey, Saipol Bahari Mohd Iman berkata, pihaknya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin kerana sudah lama tidak beraksi di ibu kota. Empat tahun lalu, kami pernah pentaskan Jikey di Panggung Bandaraya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).