NASKHAH PELBAGAI GENRE
Sinar Harian : 3 Mei 2018, Khamis
Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bakal tampil mementaskan beberapa buah naskhah menarik pelbagai genre bermula April hingga Jun ini.
Pementasan ini melibatkan pelajar-pelajar teater peringkat Ijazah dan Diploma yang dinilai untuk mengukur kualiti, kreativiti dan aplikasi teori serta latihan dengan mengetengahkan hasil kreativiti seseorang pelajar sama ada dalam bentuk persembahan mahupun produksi.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

AQILAH WANITA TERAKHIR FLOOR88

Kosmo! : 6 Mei 2018, Ahad
PANEL 1 : AYIE ELHAM
Pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah ini dilahirkan pada 7 Julai 1997 serta berasal dari Sabah. Merupa vokalis Floor 88, Ayie Elham masih menuntut jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Dilabelkan sebagai buaya darat, diganggu peminat fanatik selain dituduh terlibat dengan bahan terlarang yakini najis dadah. Itu antara dilema yang terpaksa dihadam band yang semakin mencipta nama, siapa lagi kalau bukan Floor 88.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

JAMILAH MAHU TERUSKAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN MUZIK KERONCONG

Kosmo! : 7 Mei 2018, Isnin
Suara lunak Jamilah Abu Bakar ketika menyanyikan lagu keroncong sememangnya meletakkan gadis berusia 23 tahun itu berada pada kelas yang tersendiri.
Bagi Jamilah, ilmu pengetahuan amat penting dalam memastikan seorang penyanyi itu kekal relevan dalam industri dan menyumbang kepada negara. Jamilah sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebelum mendapat tawaran dari Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

PELAJAR ASWARA PENTASKAN TEATER MUZIKAL REMAJA

PressReader.com : 10 Mei 2018, Khamis
 
___________________________________________________________________________________________________________________________________

PEMENTASAN TEATER BAHADI 

Sinar Harian : 12 Mei 2018, Sabtu
__________________________________________________________________________________________________________________________________

TIADA ISTILAH SOLO DALAM FLOOR 88 

Kosmo! : 16 Mei 2018, Rabu
Menyedari bahawa pepecahan dalam kumpulan muzik adalah situasi tidak asing, kumpulan yang sedang meningkat naik, Floor 88 telah menetapkan tidak akan melepaskan vokalis mereka menyanyi secara solo.
Floor 88 yang dibarisi oleh Ayie selaku vokalis, Zai Hamzah (gitar utama), Amir (gitar kedua), Akram (dram), Eric Fauzi (keyboard) dan Falique (bass) memutuskan prinsip berkenaan kerana tidak mahu membiasakan penganjur menawarkan hanya vokalis mengisi mana-mana persembahan.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

PERUBAHAN DALAM SENI PEMENTASAN TANAH AIR

Sinar Harian : 19 Mei 2018, Sabtu
Minat dan kecenderungannya yang begitu besar dalam bidang seni pementasan telah mendorong Naque Ariffin, 27 untuk mengembara ke serata pelosok kota seni demi melengkapkan ilmu di dada.
Misinya hanya satu, untuk mengangkat dunia seni pementasan tanah air pada satu kedudukan yang lebih tinggi, di mana nilai kesenian itu tidak dicemari dengan virus komersial yang kini terlalu mendominasi sehingga meremehkan nilai yang ada pada seni tersebut.
Mengimbas permulaannya dalam bidang seni, kata Naque segalanya berlaku tanpa disengajakan apabila dia diminta oleh pengarah dan pelakon terkenal, Namron yang ketika itu merupakan salah seorang pensyarahnya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menggantikan salah seorang pelakon yang menarik diri pada saat akhir untuk sebuah pementasan.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

‘TELEVISYEN ZAMAN SILAM’

Harian Metro : 23 Mei 2018, Rabu

Wayang kulit adalah teater tradisional atau sejenis hiburan pementasan bayang daripada patung yang pada mulanya diperbuat menggunakan daun macang, tapi kemudian beralih kepada kulit lembu, kerbau dan kambing.

Terdapat beberapa pendapat berkenaan sejarah wayang kulit namun pengkaji seni tradisional itu bersepakat mengatakan ia berasal dari Selatan Thailand (Pattani).

Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan wayang kulit berasal dari Kelantan kerana sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani, Pattani masih berada dalam negeri itu. Selepas perjanjian itu ditandatangani barulah Pattani keluar dari Kelantan.

Beliau yang juga pensyarah Pusat Seni Tradisional Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkata, setiap peralatan itu mempunyai pasangannya seperti geduk ibu dan anak, canang ibu dengan anak kecuali kesi yang tiada pasangan.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut 

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/05/342402/televisyen-zaman-silam )

___________________________________________________________________________________________________________________________________

CETAKAN DIGITAL DI ATAS KANVAS

Harian Metro : 23 Mei 2018, Rabu
Lazimnya pelukis menggunakan pelbagai jenis cat untuk menghasilkan visual pada kerja seninya, tapi ada medium lain juga boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan unik dan menarik.
 
Ia dengan penggunaan teknik cetakan digital di atas kanvas menerusi hasil sentuhan kreatif pensyarah sambilan Universiti Malaya (UM), Dr. Ruzaika Omar Basaree bertajuk Digital Nature Art 1 (DNA 1) yang dihasilkan pada 2016.
 
Lukisan itu boleh dihayati dalam Pameran 21 Universiti di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 11 hingga 31 Mei ini.