SESI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR DAN RADIO TRAXXFM
MERAIKAN WARGA TUA SEMPENA TAHUN BARU CINA
( 3 Mac 2019 @ Ahad, Berita Harian)
Picture8.jpg
Para hadirin daripada rumah warga tua dihiburkan dengan persembahan istimewa kumpulan orkestra daripada SM (C) Chung Hwa dan Tarian Tradisional Cina daripada Fakulti Tarian ASWARA. Selain daripada itu, pihak Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur memberikan duit Angpau kepada setiap warga tua yang hadir dan tidak lupa menyumbang barangan runcit kepada rumah yang terlibat. Wakil hotel Puan Norizan Mansor, Pengarah Jualan Seri Pasific Hotel menyampaikan sumbangan tersebut manakala wakil Radio TraxxFM, Puan Fairuz Mohd Radzi, Pengurus stesen radio TraxxFM menyampaikan buah tangan dan hadiah cabutan bertuah.
 
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur menganjurkan majlis Usaha Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) Tahun Baru Cina sebagai acara tahunan sebagai salah satu usaha hotel untuk menyumbang semula kepada masyarakat terutamanya golongan yang tidak bernasib baik. “Kegembiraan dan kemeriahan ini perlu dikongsikan bersama untuk menjadikan ia lebih bermakna, “Norliza Yahaya, Pengurus Komunikasi Pemasaran.
 _________________________________________________________________________
SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR AND TRAXXFM RADIO
Radio spreading happiness and prosperity with 3 old folks homes
(4 Mac 2019 @ Isnin, New Straits Times)
Picture3.jpg
Seri Pacific Kuala Lumpur and Traxxfm Radio came together to organise a Chinese New Year corporate social responsibility programme with three homes for the elderly- Kim Loo Ting, Rumah Kasih and Siri Jayanthi Metta Old Folks Home. Fifty elderly people from these homes were celebrated with a sumptuous dinner and beautiful performances by the Chung  Hwa Chinese orchestra, which played classic Chinese New Year melodies, and ASWARA Dance Faculty, which performed traditional Chinese dances.
 
Highlights of the event were Yee Sang tossing with the old folks and representatives from Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur and TraxxFM Radio. The old folks received ang pow pockets from Norazian Mansor, director of sales, on behalf of Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, and each home was given grocery items. The old folks also received goodies bags distributed by Fairuz Mohd Radzi, TraxxFM manager. There were also lucky draws to cheer up the old folks.
 
“Chinese New Year CSR is an annual event which has been part of the hotel’s effort to contribute back to the underprivileged. Happiness and prosperity are things that we should share to give meaning to the celebration.” said Norliza Yahaya, marketing communications manager of Seri Pacific Hotel.
 
 _________________________________________________________________________
STRATEGI DUET BAWA TUAH
Percaturan berani Floor 88 rakam lagu bersama Baby Shima ulangi kecemerlangan dua single terdahulu
(8 Mac 2019 @ Jumaat, Berita Harian)
 
Picture5.jpgPicture6.jpg
Prestasi cemerlang dua single terdahulu, Zalikha dan Aqilah membuatkan kumpulan Floor 88 gusar untuk memperkenalkan lagu terbaru. Namun, kumpulan yang mula bertapak pada 2017 akur, langkah perlu diteruskan. Memberanikan diri, mereka membuat percaturan baharu apabila menjalin kerjasama dengan Baby Shima. Meskipun pada awalnya, masing-masing resah memikirkan penerimaan ramai, tuah menyebelahi apabila lagu Roadblock Hati yang diperkenalkan di YouTube bermula 24 September lalu mengukuhkan lagi nama mereka.
 
Mencatat 24 juta tontonan sehingga ini, Floor 88 mengakui, mereka sempat menyediakan sebuah lagu lain sebagai sandaran jika usaha itu tidak membuahkan hasil diharapkan. “Penangan Zalikha dan Aqilah terlalu hebat hingga membuatkan kami gementar untuk memperkenalkan lagu baharu. Siapa yang tidak bimbang jika percaturan terbaru tidak menjadi. ” Disebabkan terlalu risau, kami sempat merakamkan sebuah lagi lagu seandainya Roadblock Hatiku ditolak peminat. Namun, sebaliknya berlaku apabila lagu itu mendapat sambutan yang membanggakan, ” kata vokalisnya, Ayie.
 
Sementara itu, Ayie yang menamatkan pengajian dalam jurusan Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu kini bersedia memberikan fokus penuh kepada Floor 88. Katanya, jika sebelum ini, jadual harian yang padat membataskan aktivitinya bersama kumpulan itu, kini dia semakin bebas mencorakkan langkahnya. ” Saya bersyukur anggota Floor 88 yang lain sangat memahami kesibukan saya sebelum ini. Mereka faham kerana masing-masing pernah melalui pengalaman sama.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  

 _________________________________________________________________________
BUDAYA MATERIAL BUNUH SASTERA
Tradisi khazanah negara semakin terpinggir
(11 Mac 2019 @ Isnin, Berita Harian)
Picture1.jpg
Kayu ukur kejayaan dan pencapaian yang bersifat material di negara ini, menyebabkan nilai manusiawi tidak lagi mendapat tempat termasuk dalam pendidikan tanah air. Kesilapan sebahagaian rakyat Malaysia mengukur kejayaan itu, khususnya keghairahan terhadap perkembangan sains dan teknologi menyebabkan kedudukan sastera semakin merosot. Tidak hairanlah ia membawa kepada peminggiran tradisi dan khazanah kesusasteraan di negara ini yang pernah menyaksikan bagaimana penulisan bahasa Arab disesuaikan dengan bahasa Melayu dan melahirkan tulisan jawi.
 
Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, berkata meskipun sastera subjek penting, kedudukannya semakin merosot disebabkan keghairahan masyarakat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Hal ini kata Muhammad, disebabkan masyarakat hari ini mempunyai ukuran pencapaian kehidupan yang semuanya bergantung kepada material, manakala mendapat banyak A dalam peperiksaan dianggap lambang kejayaan. ” Hakikatnya, sastera mengajar kita cara berhubung dengan orang lain kerana dalam khazanah kesusasteraan kita, bukan saja tersimpan budi bahasa dan adat istiadat, bahkan pelbagai bidang ilmu termasuk perubatan Melayu.
 
“Namun, apa yang berlaku adalah generasi muda diajar nilai kepentingan material sehingga lupa hendak menjadi manusia,” katanya pada program Citra Seni Sasterawan Negara Berkongsi Cerita di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini. Acara kendalian Pensyarah Penulisan ASWARA, Mohd Ridzuan Harun itu, turut menampilkan dua SN, iaitu Datuk Seri A Samad Said dan Datuk Dr Anwar Ridhwan. 
 
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  

 _________________________________________________________________________
KONSERT ELLA DIIRINGI 200 PEMUZIK MUDA ASWARA
(12 Mac 2019 @ Selasa, Utusan Malaysia)
 
Picture4.jpg
Tiga tahun lalu, Ratu Rock, Ella melakar momen termanis apabila bergelar artis pertama berjaya menghimpunkan seramai 100 orang pemuzik di sidang akhbar Konsert Ella 2016 sekaligus mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Mengulangi sejarah sama pada tahun ini, Ella atau pemilik nama sebenar Norzila Aminuddin mencatat rekod terbaharu apabila impiannya untuk meraikan 200 pemuzik muda di The Love @ Matic berjaya direalisasikan baru-baru ini.
 
Lebih istimewa, 200 pemuzik yang terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) turut mengiringi persembahan Ella pada majlis yang dinamakan KITALAH BINTANG. “Jujurnya saya tidak pernah fikir untuk mencatatkan sebarang rekod. Apa yang dilakukan semua ini hanya mahu memberi pendedahan kepada pemuzik -pemuzik muda bermain instrumen secara langsung dan beramai-ramai.
 
“Ia salah satu inisiatif saya juga untuk melihat pelapis-pelapis baharu dalam mengetengahkan bakat mereka. Malahan, mereka semua datang dengan pelbagai latar belakang. “Ia satu momen yang sangat menarik buat saya dan keseluruhan yang terlibat dalam memastikan majlis ini dapat dilaksanakan mengikut apa yang telah direncanakan, ” kongsinya.  Kesemua pemuzik yang mengambil bahagian dalam gagasan muzik KITALAH BINTANG dipandu oleh Ritz selaku Pengarah Muzik profesional.
 _________________________________________________________________________
GALAKSI MUZIK SARANG SUARA
Dua pelapis pemuzik tanah air barangkali berupaya merobek industri dengan karya-karya luar biasa mereka
(14 Mac 2019 @ Khamis, Sinar Harian)
Picture16.jpg
Dua sahabat baik ini mudah untuk memberi kerjasama. Sebaik penulis menghubungi Mohd Najib Mohd Nor, 39 atau mahu disapa Najib, beliau terus mengajak penulis ke studio muzik, Sarang Suara di Seri Kembangan, Selangor. Sarang Suara umpama rumah kedua lelaki ini bersama teman yang juga rakan seperjuangannya, Ahmad Nuredzuan Zaizi atau Wan. Di sini tempat kami mencurahkan idea muzik kami. Muzik ibarat perumpamaan isi dan kuku, memang kami tidak boleh berpisah dengan muzik,” kata najib penuh kesungguhan.
 
Penulis memulakan kisah Najib terlebih dulu. Menariknya tentang lelaki graduan jurusan Fotografi dari Universiti Teknologi MARA ini, beliau langsung tiada asas dalam bidang muzik. Ironinya minat telah mengatasi segala-galanya. ” Saya memang tidak belajar tentang not muzik ataupun sebarang peralatan dari mana-mana institusi awam atau swasta di negara. Namun, kecintaan saya terhadap gema muzik lahir sejak kecil. Bagaimana pula dengan cerita Wan? Wan sedikit berbeza kerana ilmu tentang muzik penuh di dadanya.
 
Lelaki berusia 39 tahun ini yang pernah mengikuti program Komposisi Muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kolabrasi kebolehan Najib dan Wan barangkali berupaya menyuntik suasana yang lebih segar dan luar biasa dalam dunia seni tanah air. Sarang Suara juga menyediakan servis seperti lagu terbitan iklan, mempakej lagu baharu, klip video termasuk menerbitkan lagu untuk individu dan kumpulan.
_________________________________________________________________________
BANGGA DENGAN KESENIAN TRADISIONAL 
Lokman Ayub terus kongsi ilmu dengan generasi muda
(16 Mac 2019 @ Sabtu, Sinar Harian)
 
Picture7.jpg
Mewarisi bakat seni tradisional daripada bapa, Ahmad Lokman Ayub, 55, mengakui bertuah kerana mendapat pendedahan awal dalam bidang ini sekali gus memupuk minat untuk terus menghargai seni dan warisan bangsa. Daripada sebuah gendang kecil yang dihadiahkan arwah bapa, Ayub Ismail ketika berusia tujuh tahun, Lokman kemudian berjaya menguasai permainan pelbagai jenis alatan muzik tradisional seperti gamelan, rebana, rebab, arkodian dan banyak lagi, selain turut aktif membuat persembahan Makyung dan tarian Melayu asli.
 
Ketika bertugas bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekitar 1990 dan diikuti dengan Istana Budaya, Lokman menambah pengalaman apabila berpeluang membuat persembahan di luar negara menerusi jemputan majlis rasmi, festival seni dan lain-lain bersaksikan penonton turut terdiri daripada tokoh ternama. “Ketika persembahan pertama di luar negara, saya bermain rebana bersama rakan-rakan lain yang untuk sebuah persembahan kesenian yang mendapat  sambutan sangat luar biasa daripada penonton ketika itu. ” Bangga bila tengok respon orang luar terhadap seni tradisional kita dan mengharapkan agar ia juga mendapat perhatian yang sama di tanah air, terutama dari generasi muda,” katanya yang pernah membuat persembahan di Perancis, Maghribi, Finland dan lain-lain.
 
Berkongsi kenangan manis yang sukar untuk dilupakan, Lokman yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Pusat Seni Pentas Tradisional, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini mengakui sering terkenang persembahan di Istana Budaya sekitar tahun 2006. “Kalau ikutkan memang terlalu banyak kenangan manis yang dilalui sepanjang terlibat dalam bidang ini  kerana setiap persembahan yang dilakukan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.
 _________________________________________________________________________
SEKATAN TIDAK MEMBUNUH MAKYUNG
Penggiat sesuaikan persembahan seperti pakaian patuh syariah, tiada mantera, percampuran
(18 Mac 2019 @ Isnin, Berita Harian)
 
Picture15.jpg
Makyung di Kelantan mungkin tersekat tetapi tidak bermakna seni tradisi itu tidak berkembang, sebaliknya perkembangan berlaku di seluruh negara termasuk menjadi antara subjek seni diajar di universiti awam (UA). Pegawai Kebudayaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Noor Hayati Zakaria, berkata selain UMK, seni makyung juga mendapat tempat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 
Minggu lalu, Pelapor Khas Hak Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Karima Bennoune mendesak kerajaan memperbaiki hak berbudaya berikutan masih wujud sekatan terhadap acara seni dan budaya seperti makyung dan wayang kulit di Kelantan. Bennoune ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Mengenai Seni dan Budaya Antarabangsa Ke-8, The Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac) berkata, tindakan mengharamkan seni budaya makyung yang berasal daripada seni tradisi tempatan adalah sangat memalukan. Noor Hayati berkata, pendapat Bennoune kurang tepat kerana makyung tidak diharamkan tetapi tidak menafikan masih ada sekatan terhadapnya berikutan pandangan yang masih mengaitkannya dengan amalan syirik.
 
Noor Hayati ialah generasi ketiga aktivis seni makyung berkata, sekatan sedemikian tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan makyung. Beliau pewaris penggiat makyung 1950-an iaitu neneknya, Che Kemala Che Muhamad atau lebih dikenali Cik Kemala Raja dan ibunya primadona makyung, Khatijah Awang. Beliau berkata dalam mengembangkan seni budaya , penggiat seni perlu peka dengan peraturan, sekali gus mematuhi peraturan seperti di Kelantan yang menyekat persembahan campuran lelaki dan perempuan.
 
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut: 

 

 _________________________________________________________________________
PERCATURAN HAFIZ NOLAN
(20 Mac 2019 @ Rabu, Sinar Harian)
 
Picture9.jpg
Minatnya terhadap bidang lakonan cukup menebal, bagaimanapun pelakon baharu ini mengakui pada masa yang dia juga meminati bidang perniagaan. Siapa sangka sebelum mencecah usia ke-30, jejaka tinggi lampai itu kini sudah berjaya membuka sebuah restoran steamboat yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor. Berasal dari Bera, Pahang, pelakon berkelulusan Diploma Teater ASWARA itu menghela nafas panjang tanda syukur apabila keringat usaha salah satu cita-cita hidupnya terlaksana.
 
Berbicara mengenai dunia glamor pembabitan Hafiz sebagai pelakon di lapangan seni baru memasuki tahun keempat. Jelas pemenang Drama Festival Kuala Lumpur 2017(DFKL) dan pemenang tempat keempat Mister Planet Nation Malaysia 2016 (MPM2016) ketika ditemui baru-baru ini sebagai penaja edisi MPM 2019 mahu meneroka peranan yang lebih mencabar.
 
“Selepas DFKL tahun itu nama saya semakin dikenali malah tawaran juga lebih meluas. Sepanjang bergelar pelakon saya hanya selalu dapat watak unit beruniform dan bercinta sahaja. “Oleh sebab itu saya berharap selepas ini dapat memegang watak psiko untuk menonjolkan sisi lain saya, “katanya. Terdahulu Hafiz pernah membintangi Telefilem Bawaku Terbang dan drama Gempur Wira (TV1) dan Mandatori (ASTRO) serta banyak lagi.
 _________________________________________________________________________
INILAH PELUANG PELAJAR ASWARA MOHON PINJAMAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH
(21 Mac 2019 @ Khamis, Kampusuols)
 
Picture1.jpg
Prihatin kepada yang kurang berkemampuan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menawarkan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA kepada pelajar-pelajar Tahun 1, 2 dan 3 yang berkelayakan bagi membiayai yuran pembelajaran mereka di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Pinjaman ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar dan mempertingkatkan motivasi pembelajaran kepada para pelajar serta menghargai mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
 
Pelajar yang ingin memohon pinjaman ini perlu memperoleh HPNG 2.00 bagi keputusan peperiksaan semasa pengajian (kecuali pelajar tahun 1) dan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 serta tidak menerima sebarang pinjaman daripada pihak lain. Bagi Pinjaman Boleh Ubah ASWARA tahun 2019, Jawatankuasa Pinjaman Pendidikan ASWARA telah meluluskan peruntukan pinjaman sebanyak RM 266,000 bagi 27 orang pelajar bagi kumpulan 2.
 
Surat tawaran pinjaman telah diserahkan kepada para pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang baru-baru ini yang disampaikan oleh Timbalan RektorHal Ehwal Pelajar ASWARA, YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin di Dewan Orkestra ASWARA.
 _________________________________________________________________________
TAK MENGAPA LAMBAT SEDIKIT
(24 Mac 2019, Ahad, Pancaindera, Mingguan Malaysia)
 
Picture10.jpg
Besar harapannya untuk mencipta nama sekali gus menapak dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi. Sejak setahun lalu, Aril Fazrie berusaha mendapatkan perhatian ramai dengan taruhan lagu pertamanya bertajuk Ku Mahu. Menerusi muzik video yang dimuat naik dalam You Tube, dia menerima respons positif daripada pengikut dalam laman sosial Instagram. Pun begitu, dia kecewa kerana saat ini lagu tersebut tidak pernah dimainkan dalam mana-mana stesen radio tempatan.
 
“Tak mengapalah, ini cabaran untuk bergelar anak seni. Saya selalu melihat kembali kepada diri, mungkin belum cukup bagus dan ada banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, “katanya yang mempunyai seramai 245,000 pengikut dan juga dikenali sebagai selebriti media sosial. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini dalam masa yang sama menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan muzik dan vokal.
 
Mula serius dalam bidang nyanyian sejak usia 19 tahun, Aril mengakui pada awalnya menyanyi sekadar hobi. Beberapa tahun lalu, dia sering aktif membuat video menyanyikan lagu-lagu hit ketika itu dan dikongsikan dalam Instagram. “Tak pernah terfikir pun mahu menjadi penyanyi sebab mulanya sekadar hobi. Kalau di kampung dahulu, saya selalu juga busking bersama kawan-kawan sekadar mencari pengalaman. “Saya juga menyambung pelajaran untuk menambah ilmu dalam bidang muzik dan vokal saya. Impian saya selain mengukuhkan karier dalam nyanyian bercita-cita mahu menjadi guru vokal,”tuturnya.