AMYRA TIDAK OBSESI ANUGERAH
(1 Julai 2018 @ Ahad, Kosmo)

Picture1.jpg  Picture2.jpg  Picture3.jpg
Ironinya siapa menyangka, lakonan ikhlas yang zahir daripada jiwa Amyra menerusi watak Nur, tanpa menidakkan kekuatan cerita itu sendiri bersama barisan pelakon handalan lain, nama pelakon handalan lain, nama pelakon jelita itu kembali berkilauan dalam industri seni.
 
Merupakan graduan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaaan (ASWARA), ada yang beranggapan tidak sukar untuk Amyra menghadam setiap watak yang disuakan kepadanya. Hakikatnya kata Amyra, tidak semua graduan daripada akademi itu bagus dan tidak pula mereka yang tidak belajar di akademi berkenaan tidak boleh menjadi pelakon yang bagus. Pokok pangkal terpulang pada diri sendiri.
 
Memang ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepada graduan ASWARA.  Perkara yang sama berlaku terhadap saya ketika awal-awal berlakon dahulu. Mereka lepas tangan kerana memikirkan saya tahu semua benda.Sedangkan, apa yang saya belajar tidak sama dengan apa yang dipraktikkan. Ketika di ASWARA saya belajar tentang teater dan ia berbeza dengan lakonan di skrin TV.     
____________________________________________________________
PINJAM SEMANGAT, KEKUATAN SHERRY
( 1 Julai 2018 @ Ahad, Berita Harian )
Picture4.jpg  Picture5.jpg  Picture6.jpg
Bermula dari bawah untuk mendaki puncak, tidak keterlaluan dikatakan, Sherry Alhadad antara insan seni yang mampu menyuntik semangat artis baharu memulakan langkah. Semangat kental wanita berusia 34 tahun itu turut menjadi contoh kepada dua nama baharu, Isa Khan dan Ryan Deedat untuk terus berani mengharung cabaran.
 
Mengimbau perjalanan kerjayanya yang hampir menjangkau 12 tahun, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, paling penting adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan jujur dalam perkerjaan.
 
“Hargai bakat dan kepercayaan yang diberikan. Jangan sesekali ambil mudah dan sentiasa jujur kerana apabila sudah membuat keputusan menjadi insan seni, kita perlu komited melakukannya. ” kata lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
____________________________________________________________
PERSEMBAHAN LANGGANG BRANYO
( 3 Julai 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture7.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) baru-baru ini telah tampil dengan sebuah persembahan menarik, Langgang Branyo, sebuah tarian Portugis yang telah mengalami evolusi.
 
Bertempat di Kompleks JKKN WPKL pada 29 dan 30 Jun lalu, persembahan unik ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada penonton. Menyaksikan penglibatan 16 pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, ASWARA di bawah bimbingan Zulkifli Abd Rashid dan Nurulwardah Mohd Sharif, persembahan ini menampilkan 12 jenis tarian. 
 
Antaranya, Tarian Tandak, Tarantella, Branyo, Ronggeng Melayu, Joget Pahang, Joget Pahang, Joget Usik Mengusik, Joget Burung Tiong, Joget Senyum Memikat, Joget Toleh Menoleh, Joget Kasih LRT, Joget Selfie dan Joget Pucuk Pisang.
 
____________________________________________________________
 
MEI FEN LIM BERUBAH SELEPAS BERGAUL DENGAN BANGSA LAIN
(14 Julai 2018 @ Sabtu, mStar Onliine)
mei fen.png
Pelakon berbangsa Cina, Mei Fen Lim pernah mempunyai perspektif yang berbeza mengenai bangsa lain. Namun, tanggapan Mei Fen, 31, berubah selepas dia menyambung pelajarannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tiga tahun lalu.
 
Dalam pada itu, Mei Fen teruja apabila Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani menawarkan naskahnya, Tanah Akhirku untuk dipentaskan.  ” Saya sangat terharu apabila Abang Jo (Datuk Mohamed Juhari) sendiri menawarkan untuk dipentaskan di Istana Budaya.
 
” Ini adalah satu pengiktirafan bermakna buat saya dan seluruh produksi teater itu. ” Teater itu bakal diangkat menjadi salah sebuah pementasan sempena kemerdekaan dan diharapkan mesej perpaduan kami akan disampaikan secara lebih meluas, ” katanya.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/14/mei-fen-lim/)
______________________________________________________
KELAS LAKONAN PONDOK WAN HANAFI SU
(19 Julai 2018 @ Khamis, Kosmo)
Picture9 (2).jpg
Aktor berkaliber, Wan Hanafi Su bersyukur kerana pada usia yang telah lanjut, beliau masih laku dengan menerima pelbagai tawaran drama mahupun layar lebar. Akui pelaku seni berusia 68 tahun itu, faktor pemilihan tawaran turut menjadi sebab untuknya terus mencurahkan bakat yang ada.
 
Sebenarnya dahulu saya memang merupakan tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini menjadi  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Namun, selepas mula serius dengan drama televisyen dan teater, jadi masa untuk mengajar berkurangan. 
 
Zaman sekarang saya lihat kelas lakonan memang banyak, cuma yang mengecewakan adalah bayaran yuran yang dikenakan tinggi. Kadangkala ada yang berharga lebih RM 400.00 untuk sehari. Itu terlalu mahal bagi saya. Apabila perkara seperti ini berlaku, ia menjadi salah satu sebab mengapa saya tidak mahu mengajar. Bimbang ia disalah erti oleh orang lain. 
__________________________________________________________
KASIH BUNGA PUTIH ANGKAT PERANAN USMAN AWANG
(21 Julai 2018 @ Sabtu, Berita Harian)
Picture8.jpg
Pameran Kasih Bunga Putih yang berlangsung di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengembalikan penyatuan antara puisi dan seni lukis seperti dimulakan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Usman Awang pada dekad 1970-an. 
 
Pameran itu mengangkat semula Manifestasi Dua Seni I dan II, masing-masing diadakan pada 1970 dan 1972 yang memperlihatkan peranan Usman dalam menghubungkan sastera dan seni lukis.
 
Usman bukan asing dalam dunia seni lukis, malah ketika menjadi editor Dewan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), beliau adalah penggerak utama dalam menyatukan sasterawan dan seniman pelbagai disiplin merentasi bidang. Sudut Penulis yang diwujudkan Usman tidak hanya menemukan penulis, penyair dan pelukis, malah menjadi ruang buat pelukis mempamerkan hasil kerja mereka.
____________________________________________________________
CARA TERHORMAT NAM RON PROMOSI PRODUK
(21 Julai 2018 @ Sabtu, Kosmo)
IMG_20180904_144613 (1).jpg
Nam Ron bukan orang baharu dalam industri hiburan tempatan. Hayat kariernya telah bergulir panjang, malah dalam kebanyakan masa hampir tidak dipedulikan khalayak yang meminati bintang seni dari sudut komersial. Beliau tidak lawa, tampak serius dan sebagai lelaki dengan kulit hitam manis tanpa sosok “kebal” yang dimomokkan sesuai dengan tuntutan dunia glamor, Nam Ron kalah teruk dengan barisan pelakon lelaki seperti Aaron Aziz, Zul Ariffin atau Fattah Amin.
 
Bagaimanapun, bagi khalayak yang meletakkan aprisiasi bakat lebih besar berbanding sedap mata memandang, Nam Ron duduk dalam carta aktor Malaysia yang ‘berbahaya’. Pada usia 49 tahun dengan memiliki tiga cahaya mata, pemilik nama sebenar Shahili Abdan ini punya profil yang kemas. Merupakan bekas graduan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang juga kini dikenali sebagai ASWARA, anak kelahiran Kangar, Perlis itu telah terbabit dengan puluhan naskhah drama yang hebat-hebat. Filem lakonan yang menggunakan khidmatnya sebagai teraju utama juga bukan calang-calang, contohnya Paloh dan Dukun.
 
____________________________________________________________
CINTA MEI FEN BUAT TANAH AKHIRKU
(25 Julai 2018 @ Rabu, Kosmo)
Picture11.jpg
Dilahirkan dan dibesarkan dalam komuniti bangsa Cina sepenuhnya membuatkan pelakon tinggi lampai, Mei Fei Lim pernah mempunyai semangat perkauman yang begitu kuat dalam dirinya. Namun itu kisah dahulu. Siapa sangka, titik permulaan ketika menjayakan watak  Puteri Hang Li Po menerusi pemetasan teater Takhta 3 Ratu empat tahun lalu telah membuka lembaran baharu sehingga menjadikan dirinya pelajar berbangsa Cina tunggal di Fakulti Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
 
Bercerita lanjut, kongsi Mei Fen selaku penerbit, teater Tanah Akhirku yang bakal memeriahkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 Ogos hingga 2 September depan itu pernah dipentaskan di ASWARA ketika menjalani penilaian sebagai pelajar  tahun akhir. 
 
Namun, tawaran Datuk Mohamed Juhari iaitu Ketua Pengarah Istana Budaya untuk mengangkat teater ini ke skala yang lebih besar benar-benar membuatkan wanita itu lebih bersemangat.
____________________________________________________________
 
PENGORBANAN TOK GAJAH
(25 Julai 2018 @ Rabu, Berita Harian)
Picture10.jpg
Berkampung di hutan dan bertemankan agas, sesekali bermandi hujan dek cuaca itu tidak menentu, semua cabaran itu tidak memudarkan teruja pelakon berpengalaman, Wan Hanafi Su untuk ‘masuk’ semula ke set penggambaran filem epik, Mat Kilau. Katanya, dia tidak sabar kembali ke lokasi filem yang berkisar perjuangan tokoh pahlawan Melayu itu yang disifatkan memberikan cabaran tersendiri.
 
Saya seronok dan teruja sepanjang berada di lokasi penggambaran di Seri Iskandar, Perak tempoh hari. Walaupun tinggal di dalam hutan dan perjalanan agak jauh, ia tetap menyeronokkan. Diikutkan ada 11 babak membabitkan Tok Gajah.
 
Antara perintis yang menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) sebelum ditukar nama kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
____________________________________________________________
EKSPRESI ANAK SENI DALAM SUARA
(27 Julai 2018 @ Jumaat, Kosmo Online)
asasi.gif
KUALA LUMPUR- Pelajar Program Pengajian Asasi Seni Kreatif Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bakal mempersembahkan pementasan Projek Seni Asasi (ProSA Mania) berjudul Suara selama dua hari bermula malam ini.
 
Menurut Ketua Program Pengajian Asasi Seni Kreatif ASWARA, Rosman Ishak, persembahan tersebut merupakan acara tahunan yang dijayakan oleh pelajar program tersebut dengan bimbingan pensyarah. ” Sepanjang pementasan, penonton disajikan dengan gabungan kerja seni lakon, tari, muzik dan multimedia yang dipelajari pelajar-pelajar tersebut.
 
Suara mengisahkan perjalanan tiga individu yang mempunyai dunia berbeza dan terpaksa menghadapi cabaran demi merealisasikan impian mereka untuk bergelar anak seni. Tiga individu tersebut ialah Hilmi, seorang pekerja berdedikasi dan amat meminati bidang muzik menjadikan aktiviti busking sebagai peluang untuk menambah pendapatan bagi menyara ibu serta adiknya yang menghidap penyakit autism.