Fakulti Tari menawarkan pengajian dalam pelbagai teknik tari tradisional dan kontemporari dari seluruh Malaysia, Asia dan Barat. Sasaran utama fakulti adalah melahirkan penari profesional, berilmu dan berkaliber tinggi, serta mampu  menghasilkan idea dalam menghasilkan karya.

Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui kegiatan studio, kuliah dan produksi dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir seperti adiguru, tokoh industri, ahli profesional dan juga pensyarah. Berteraskan tari tradisional Malaysia, pengisian kursus yang menyeluruh melalui rujukan seperti rujukan bacaan, bengkel tari, serta perlaksanaan produksi akan membekalkan kemahiran, pengalaman serta semangat perjuangan untuk memajukan bidang seni tari tanahair.


BACHELOR OF DANCE

ASWARA menawarkan program dalam dua pengkhususan iaitu:-

  1. Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)

          MQA/FA 0144; dan

  1. Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)

          MQA/FA 0145

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang dapat menguasai pelbagai teknik tari Malaysia, Asia dan Barat. Secara amnya pelajar akan menumpukan pada satu bidang tertentu sahaja. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan penari dan koreografer profesional yang bertaraf antarabangsa serta berilmu dari segi teori dan praktikal.

Dalam usaha membangunkan industri seni kreatif negara, program ini menitikberatkan teori dan falsafah pendidikan yang dapat melahirkan graduan berilmu untuk melaksanakan kajian supaya mereka dapat menjadi pengamal, pendidik, pakar rujuk serta pusat rujukan etnologi tari.

Berikut merupakan pelaksanaan modul dalam persembahan dan koreografi:

1) Modul Persembahan

Pelajar akan memilih salah satu tarian seperti berikut:

  • Tari Melayu
  • Tari India
  • Tari Cina
  • Tari Sabah/Sarawak
  • Balet
  • Kontemporari
  • Silat
  • dan lain-lain

ATAU

2) Modul Koreografi

Pelajar harus menghasilkan DUA KARYA iaitu:-

  • Satu karya yang menggunakan elemen tradisi.
  • Satu karya bebas.

Durasi setiap karya adalah selama 10 hingga 12 minit.


DIPLOMA TARI

MQA/ FA 0163

ASWARA menawarkan program Diploma Tari  yang menerapkan konsep pembelajaran praktikal dan teori yang merangkumi kepelbagaian budaya, penciptaan karya dan pemikiran dalam tari. Silibus pembelajaran adalah berteraskan asas teknik tari tradisional Malaysia yang meliputi tarian kaum utama di Malaysia. Seiring dengan industri pada masa kini, bagi menghasilkan penari yang berdaya saing, teknik tari Barat seperti Balet dan Kontemporari dijadikan sebahagian daripada subjek utama yang akan dipelajari.

Selain itu, bagi memastikan pelajar mampu berfikir, berbincang dan menilai sesuatu persembahan, subjek teori  seperti Teori Persembahan, Sejarah Tari serta Anatomi Dan Kecederaan  dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Program ini bertujuan memberi penekanan menyeluruh dalam setiap tarian yang dipelajari dari segi kefahaman teknik, gaya dan rasa supaya dapat melahirkan penari yang berkualiti.

Berikut merupakan kandungan tarian di dalam silibus Diploma Seni Tari.

Melayu

  • Tari Rakyat- Asli, Inang, Joget, Zapin, Tari Inai dan Tari Piring
  • Tari Klasik- Asyik, Layang Mas, Joget Gamelan dan Terinai

Cina

  • Tarian Mo Li Hua
  • Tarian Ikan
  • Tarian Kipas
  • Tarian Sapu Tangan

India

  • Tarian Klasik Bharatanatyam

Sabah dan Sarawak

  • Tarian Datun Julud
  • Tarian Orang Ulu
  • Tarian Daling-daling
  • Tarian Sazau Papar

 

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)