Pengarang : Rahbeni Mutaal Hadi

ISBN : 978-983-2538-24-0 (Jilid 1)

              978-983-2538-25-7 (Jilid 2)

              978-983-2538-26-4 (Jilid 3)

              978-983-2538-27-1 (Jilid 4)

Tahun Terbit : 2013

Halaman : 121 (Jilid 1) beserta CD

                      129 (Jilid 2)

                      110 (Jilid 3)

                      114 (Jilid 4)

Harga : RM 66.00

Penerbitan buku caklempong ini adalah untuk menghimpunkan pengalaman dan kemahiran yang sedia ada untuk kepentingan generasi muda pada masa akan datang. Naskhah ini menyediakan ruang dan peluang interaksi sesama pemain dan guru ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu melangkah ke hadapan bersama tradisi. Dalam konteks pemuliharaan dan pemeliharaan, muzik Caklempong memberi laluan kepada generasi muda mengenali bentuk seni ini dengan lebih dekat. Terdapat lebih lima puluh buah lagu yang dijadikan sebagai contoh analisis dalam set naskhah ini. Penggunaan bacaan dalam bentuk notasi baluk dan angka digunakan bagi memudahkan para pembaca memahami penyampaiannya. Naskhah ini terbahagi kepada empat jilid iaitu (i) Jilid 1: Sejarah dan Perkembangan Caklempong; (ii) Jilid 2: Kotak, Penokok, Jeda dan Skala Caklempong; (iii) Jilid 3: Teknik Bermain, Kaedah dan Gaya Caklempong dan; (iv) Jilid 4: Pembentukan dan Penggunaan Kord Caklempong.

Kembali