Kini koleksi eBook di PNM ELIB telah ditambah dengan judul baharu. Hampir 8,000 judul kini tersedia untuk dipinjam. Kami tambahkan keseronokan dalam pembacaan anda dimana audiobook juga tersedia pada pinjman kali ini (penggunaan audiobook tersedia untuk aplikasi iOS dan Android buat ketika). Sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil di rumah dan mahukan pembacaan yang lebih santai dan ringan.
Antara judul-judul yang kami cadangkan buat pembacaan anda di tahun 2021 ini!
Audiobook: Bergurau Pun Tak Boleh, Little Froggie: Learns To Walk, Sang Kancil and the Old Tiger, Sang Kancil dengan Perigi Buta. Untuk terus dapatkan koleksi audiobook anda Klik DI SINI
Novel Romantik: Bidadari Buat Luqman, Lautan Cinta Khafi, Awak Suka Saya Tak? 2 dan banyak lagi.
Komik: Khas buat peminat komik di luar sana. Ini hadiah tahun baharu buat anda. Antara judul yang menarik buat anda ialah: LE GARDENIE, RAPSODY 18, Chika’s Forest Vol 1, Chima-san’s Trinket Box Vol 2, Puteri yang Asing dan banyak lagi. Cari koleksi komik anda sekarang DI SINI
STEM & Pengaturcaraan: Mencari judul yang sesuai dalam mendepani Industri Revolusi 4.0? Apa kata cari bahan bacaan anda dari shelf STEM & Pengaturcaraan kami. Antara judul menarik buat anda ialah: Machine Learning, MATLAB APP Designer: Learn by Example, Membina Laman Web Menggunakan CMS dan banyak lagi.
Apa tunggu lagi. Layari PNM ELIB dan pinjam eBook anda secara PERCUMA.
Selamat membaca ya 🙂
Link ke PNM eReader: Appstore
Link ke PNM eReader: Google Playstore