MISI

Memperkasakan pengajian seni, budaya dan warisan kepada masyarakat melalui teori dan praktikal ke arah melahirkan ilmuan profesional, karyawan dan penggiat-penggiat seni dalam memenuhi keperluan negara.

VISI

Peneraju Institusi Pengajian Tinggi dalam kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia dan antarabangsa menjelang 2022.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

symp

LAGU RASMI ASWARA

Di sini bersemi tunas impian

Berakar budi budaya zaman

Yang melahirkan karyawan berilmu

Sahut cabaran teguh  bersatu

Tajamkan pena

Seindah bahasa lagukan irama

Rentak pusaka lenggokkan tari pentas seniman

Layarkan seni catatan warisan

Kita laung suara ibunda

Terbilang dipuncak dunia

Kita junjung budaya bangsa

Gemilang dan mashyur namanya

ASWARA tetap megah berdiri

Melangkah ke hadapan bersama tradisi

Tingkat semangat penuh jati diri

Seni di mertabat bangsa dihormati