TOK DALANG CILIK CEKAP KAWAL PENTAS
Berita Harian | 30 Oktober 2017, Isnin
Bukanlah luar biasa untuk menyaksikan lelaki dewasa, terutama yang sudah memasuki usia emas memegang peranan tok dalang persembahan wayang kulit. Bagaimanakah pula jika peranan tok dalang yang menjadi paksi utama dalam pementasan wayang kulit dipegang kanak-kanak yang belum pun mencecah usia 7 tahun?

MINAT MENDALAM 
Sarah Ismail selesa jadi guru vokal
Sinar Harian | 25 Oktober 2017. Sabtu
Biar namanya kurang dikenali di landasan arus perdana, Sarah Ismail bagaimanapun selesa dengan tugas hakikinya sebagai guru vokal sejak beberapa tahun lalu. Tambahan pula, bergelar tenaga pengajar merupakan minat graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini.
 
Bukan itu sahaja, wanita berusia 30 tahun ini juga memandang kerjayanya sebagai jaminan hidup untuk masa hadapan.

BAHARA EMAS SARAT MESEJ
Utusan Malaysia | 24 Oktober 2017, Selasa
Mengangkat isu bahaya rasuah dan kesan penularannya sehingga mampu meruntuhkan sesebuah kerajaan menjadi inti pati utama pementasan teater Bahara Emas yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Oktober hingga 22 Oktober 2017.
 
Meskipun pementasannya menggunakan latar masa era pemerintahan Sultan Melaka kelapan, Sultan Mahmud Syah, namun mesej yang disampaikan oleh penganjur utama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) releven sepanjang zaman.Selain SPRM, pementasan Bahara Emas turut mendapat kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). 

NAD ZAINAL TOLAK AURA NEGATIF
Kosmo | 23 Oktober 2017, Isnin
Menelusuri perjalanan seni yang dilalui oleh aktres kecil molek namun berbakat besar Nad Zainal ini, semuanya tampak sempurna. Sejak mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Muhammad Faliq Amirudin, 29, dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim yang berusia setahun, Nad selesa mengatur kerjaya seninya tanpa sebarang badai kontroversi. 

Percaya perihal negatif mampu menutup pintu rezeki buat dirinya, sebagai pelakon yang sudah sembilan tahun mencurahkan bakti dalam industri, dia mengakui begitu berhati-hati dengan hal demikian. Saya percaya kepada disiplin seperti datang tepat pada masanya. Jika sekali kita buat masalah, tidak mustahil orang akan mengata dan perkara buruk itu akan dicanang kepada rumah produksi lain.

Tidak mahu menggunakan tiket khas sebagai pelakon untuk dijadikan jalan pintas terjun dalam bidang pengarahan, kongsi pelakon drama Dosa Perempuan itu, dia perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu.

Malah sebelum bergelar pengarah, bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan skrip terlebih dahulu.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : https://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm )


GEMA SENI TRADISIONAL : WAYANG KULIT BUDAK
Sinar Harian | 22 Oktober 2017. Ahad
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) bakal membawakan persembahan wayang kulit Kelantan di Blackbox ASWARA jam 8.30 malam pada 27 Oktober depan.

WAYANG KULIT BUDAK
Metro Ahad | 22 Oktober 2017, Ahad
Ketepikan terlebih dahulu kisah artis sombong dan bongkak, Cik Pang ambil kesempatan ini untuk mengajak pembaca menyaksikan persembahan wayang kulit Kelantan yang dibawakan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) ASWARA.
 
Menariknya persembahan kali ini disebut Wayang Kulit Budak kerana bakal menampilkan dalang dan pemuzik yang terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 – 15 tahun.

BAIHAQI PELAPIS PEMAIN WAYANG KULIT KANAK-KANAK
Mingguan Malaysia | 22 Oktober 2017, Ahad
Jika rakan-rakan sebaya Kamarul Baihaqi Kamarul Baisah, 7, lebih tertarik kepada peralatan gajet dan permainan moden, bagaimanapun tidak buat kanak-kanak berusia tujuh tahun ini. Dia lebih meminati permainan wayang kulit sejak usia kecil lagi.
 
Bahkan Baihaqi lebih tertarik dengan patung wayang kulit yang disifatkan sangat unit berbanding terikat dengan siri permainan dalam talian yang menjadi ikutan rakan-rakannya yang lain.
….
Atas sebab itu, Baihaqi terpilih dalam program Gema Seni Tradisional : Wayang Kulit Budak anjuran Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang bakal berlangsung pada 27 Oktober ini.

BAHARA EMAS TONJOL ISU ANTIRASUAH, TAMAK
Kosmo | 21 Oktober 2017, Sabtu
Berlatar belakang era kesultanan Melayu Melaka kelapan, Sultan Mahmud Shah, teater Bahara Emas arahan Rosminah Mohd. Tahir yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula semalam mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton.
 
Seramai 420 orang hadir memberi sokongan terhadap pementasan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sempena meraikan ulang tahun ke-50 tahun agensi kerajaan itu sejak ditubuhkan pada 1967.
…..
Selain SPRM, pementasan Bahara Emas turut mendapat kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

BAHARA EMAS RUNGKAI PRAHARA RASUAH
Kosmo | 16 Oktober 2017, Isnin
Bersempena sambutan 50 tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sebuah teater berjudul Bahara Emas akan dipentaskan pada 18 (esok) hingga 22 Oktober nanti di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.
 
Berbanding persembahan biasa, menariknya teater arahan Rosminah Mohd. Tahir itu terbuka secara percuma untuk sesiapa sahaja yang berminat menyaksikannya.
….
(Informasi : Teater Bahara Emas yang merupakan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan ASWARA ini akan dipentaskan di Auditorium DBP bermula 18 – 22 Oktober nanti)

TIGA PELUKIS TERSOHOR CURAH ILMU HASIL FIGURA HIDUP
Berita Harian | 15 Oktober 2017, Ahad
Seramai 50 peserta berpeluang menyertai bengkel lukisan figura hidup bersama tiga pelukis terkenal di Galeri Prima di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di sini semalam. Peserta berpeluang menimba ilmu bersama Datuk Azman Yusoff, Jaafar Taib dan Haron Mokhtar.
….
Pada bengkel berkenaan, peserta diajar melukis objek dalam masa singkat yang memerlukan kepantasan tangan dan fokus penglihatan. Peserta terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan peminat seni.

GANDINGAN KLASIK MARDIANA ALWI, SERRA
Kosmo| 13 Oktober 2017, Jumaat
Disatukan buat julung kali dalam satu sesi fotografi khas sempena pementasan teater klasik dan bangsawan, Bahara Emas, keserasian dan kemesraan dua pelakon, Mardiana Alwi dan pendatang baharu, Serra Kamal cukup terserlah.
 
Meskipun Serra bukanlah satu nama sering bermain di mata peminat drama atau naskhah komersial lain, namun berbekalkan pengalaman luas dalam bidang teater, Mardiana tidak lokek berkongsi pengetahuan lakonannya buat Serra.
…..
Diajak berbicara lebih lanjut mengenai teater terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) tersebut, Mardiana kemudian menguntum senyuman.

KETENGAH ISU RASUAH, SALAH GUNA KUASA
Sinar Harian | 10 Oktober 2017, Selasa
Fitnah, salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa ternyata mampu jadi racun meruntuhkan empayar besar di tangan kuasa luar dalam sekelip mata. Inilah antara pengisian menarik yang bakal dipaparkan dalam teater Bahara Emas menerusi pementasan yang akan dilangsungkan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 hingga 22 Oktober ini.
 
Teater anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan  Kebangsaan (ASWARA) ini merupakan salah satu aktiviti untuk mengisi program sambutan ulang tahun ke-50 SPRM mulai Oktober depan.

Komitmen Putra melestari irama Melayu
Utusan Malaysia | 5 Oktober 2017 (Khamis)

Komitmen Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) yang bernaung bawah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terhadap melestarikan kesenian dan kebudayaan Melayu tidak pernah terhenti.

Menyedari pada bahu mereka terpikul tanggungjawab itu, PuTRA sentiasa berfikir di luar kotak untuk membawa angkatan generasi muda mendekati dan menyintai khazanah tinggalan nenek moyang, sekali gus akan kekal relevan sampai bila-bila.

Bermula 2015, PuTRA sudah mengangkat beberapa seni lain seperti makyung, dalang Cina, dikir barat, gamelan, ghazal dan keroncong sehinggalah yang terkini jabatan itu mengangkat irama Melayu asli ini diberi nama Malam Kemala Irama yang diadakan di Panggung Eksperimen, ASWARA baru-baru ini.


Painter highlights beauty of Islamic art
The Star | 4 October 2017 (Wednesday)

Kuala Lumpur : Besides calligraphy, the visual arts can serve as a platform to highlight the beauty of Islamic art.

Painter Mazlan Noor Along, 62, who has produced many religiously inspired paintings, said he takes pride in his works when they draw the attention of non-Muslims as well.

“The scope of ‘dakwah’ (propagation) of Islam is very broad and we can implement it in various ways, but whatever information we are trying to disseminate must be clear,” he said after the launch of the Gema Echoes exhibition at the National Academy of Arts, Culture and Heritage gallery yesterday.


ASWARA jalin kerjasama dengan Kazakhstan
Sinar Harian | 4 Oktober 2017 (Rabu)

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bakal menjalinkan kerjasama strategik dengan Kazakh National University of Arts dalam perkara berkaitan dengan pembangunan pendidikan kesenian dan kebudayaan, kata Rektor ASWARA, Prof Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Mohamed Juhari.

Majlis menandatangani surat hasrat jalinan hubungan akademik bersama Rektor Kazakh National University of Arts, Prof Aiman Mussakhajayeva telah berlangsung di Astana, Kazakhstan yang turut disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus.


Kembali beraksi di Pentas
Harian Metro | 2 Oktober 2017 (Isnin)

Bidang teater sudah sebati dengan dirinya sejak sedekad lalu. Malah, pelakon dan pengarah teater Ammar Asyraf mengakui pentas teater lebih memberi kepuasan kepada dirinya.

Oleh itu, tidak hairanlah Ammar sukar menolak tawaran beraksi dalam teater Bahara Emas yang bakal dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pertengahan bulan ini.

Teater Bahara Emas anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Menerusi teater arahan Rosminah Tahir ini, Ammar bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Esma Daniel, Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya dan Izzue Islam.