PELUANG SENI TARI

(17 Mei 2017/Rabu – Harian Metro/Gen.Y)

 
Fakulti Tari ASWARA sedia platform anak muda serlah bakat.  Fakulti Tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) antara yang memperjuangkan seni itu dengan menyediakan platform dan pendidikan formal kepada anak muda. 
Menurut pensyarah Fakulti Tari ASWARA Failul Adam, fakulti itu sentiasa mengembang dan menaikkan keyakinan anakk muda melalui persembahan tahunan. Setiap tahun kami adakan persembahan tahunan bagi membantu mereka untuk berani tampilkan bakat di khyalak ramai.

TAMPIL DENGAN SEBUAH PEMENTASAN KREATIF

 (16 Mei 2017/Selasa – Sinar Harian/Panggung Seni)

 
FAKULTI Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) sekali lagi tampil dengan pementasan menarik menerusi teater eksperimen berjudul Jenin di Panggung Eksperimen baru-baru iniJenin merupakan karya menyaksikan kolaborasi idea di antara pelajar dinilai bersama pembimbing yang juga pengarahnya, Iefiz Alaudin.
Penonton diperkenalkan dengan sebuah negara bernama Aisyalam yang wujud pada zaman sebelumnya di mana ia diketuai seorang lelaki digelar Tuan Aino, di mana dia digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Bagaimanapun, konflik berlaku apabila seluruh rakyat Aisyalam dilanda wabak misteri sehingga fizikal mereka berubah dan tidak kurang juga yang meninggal dunia sehingga mengundang kegelisahan Tuan Aino.

TERIMA DANA LEBIH RM200,000 BANGUNKAN SIMULASI SENI

(11 Mei 2017/Khamis – Berita Harian/Varsiti)

 
Fakulti Animasi dan Multimedia ASWARA mendapat tajaan dana untuk melaksanakan projek simulasi seni menggunakan teknologi VR.
 
“Menurut  Dekan Fakulti Animasi, Jazmi Izwan Jamal, masyarakat kini mudah melihat warisan ketara menerusi bentuk seni bina, lukisan dan kraf, namun warisan tidak ketara budaya tradisional tempatan sukar didapati melainkan diwarisi keluarga atau dipersembahkan melalui seni pentas. Fakulti ini mengambil inisiatif mengembangkan budaya dan warisan menggunakan teknologi terkini untuk memberi pengalaman imersif kepada pengguna.

KARYAWAN SENI PERLU TIGA DIMENSI

(7 Mei 2017/Ahad/ Mingguan Malaysia)

Budaya negara kita yang kaya ini seharusnya bergerak seiring dengan kemajuan industri negara menjelang 2050. Tiga dimensi pengetahuan yang harus dikuasai oleh seseorang karyawan masa kini ialah menjiwai ilmu, berfikir ebagai seorang budayawan, dan mampu bertindak sebagai seorang usahawan.
Bagi pelajar ASWARA, jiwa keusahawanan itu perlu digabungkan dalam konteks budaya setempat suapaya dapat dipasarkan di dalam dan luar negara.

FLOOR 88 KIAN MANTAP

(5 Mei 2017/Jumaat – Harian Metro/Rap)

Dapat penyanyi mampu beri komitmen selepas sering bertukar vokalis. Lagu Zallikha yang menjadi single sulung mereka sudah lama dihasilkan. Malah lagu yang asalnya meggunakan judul Qu Putih itu berjaya menarik perhatian pendengar untuk kenalan mereka.

Baru dilancarkan lebih seminggu lalum Floor 88 bersyukur single pertama itu sudah mendapat sambutan memberangsangkan sejak dimainkan di radio. 
(Sila kunjungi url utk bacaan lanjut: – https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170505/282853665855652 

ANGKAT TEMA MASALAH SOSIAL

(2 Mei 2017/Selasa – Sinar Harian/Top & Trendy Media Hiburan/Penggung Seni)

 
Melengkapkan pembelajaran pelajar tahun satu bagi program Diploma Teater, Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) menganjurkan pementasan menarik berjudul Sampai Bila di Panggung Eksperimen Aswara pada 28 hingga 30 April lalu.
“Menurut Pengarahnya dan juga tenaga pengajar Fakulti Teater Aswara, Shahrul Mizad, mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang isu kekeluargaan yang berkait dengan semua orang.”


AZZAM SHAM JADI PELAJAR TERBAIK DI ASWARA

9 Mac 2017/Khamis/ Berita Harian

AZZAM mendapat purata nilai gred 3.58 bagi peperiksaan semester satu, yang membolehkan dirinya dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan.
Penuntut bidang Diploma Muzik itu berkata, pencapaian berkenaan menyuntik semangatnya untuk terus berusaha dan belajar lebih tekun dalam pengajian yang masih berbaki dua tahun setengah.